Terkini


Suspek Parah Nahas Selepas Samun Dan Bunuh Warga Emas

Suspek parah nahas selepas samun dan bunuh warga emas! Ini yang orang panggil sebagai karma! Memang patut kena dan kalau boleh seksa dulu cukup-cukup baru kenakan hukuman mati! Sesiapa nak bela penyamun laknat ni lantaklah!


Suspek Parah Nahas Selepas Samun Dan Bunuh Warga Emas

Memetik sumber laporan myMetro, seorang wanita warga emas berusia 62 tahun yang juga pemilik kedai gunting rambut maut ditikam selepas disamun di premisnya di Medan Niaga Parit Sulong petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.06 petang itu, suspek bagaimanapun cedera parah di bahagian dada selepas dilanggar sebuah kereta ketika cuba melarikan diri.


Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad, berkata suspek berusia 31 tahun dipercayai berpura-pura memasuki premis berkenaan untuk memotong rambutnya sebelum bertindak menyamun wanita berkenaan.

Menurutnya berlaku pergelutan antara suspek dan wanita berkenaan sebelum suspek kemudian bertindak menikam bahagian belakang badan mangsa sebanyak dua kali dipercayai menggunakan pisau.

“Suspek yang melarikan diri menaiki motosikal sejurus selepas kejadian kemudian dilanggar kereta kira-kira 700 meter dari lokasi kejadian dan mengalami kecederaan parah.

“Suspek dikejarkan ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk mendapatkan rawatan, namun dikawal ketat polis,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

No comments