Tak Tahan Nafsu, Penganggur Cabul Ibu Tiri Kekasih

Seorang penganggur berusia 20 tahun mengaku tidak salah di Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini atas tuduhan mencabul ibu tiri kepada teman wanitanya.


Tak Tahan Nafsu, Penganggur Cabul Ibu Tiri Kekasih

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu terhadap wanita berusia 26 tahun berkenaan di dalam bilik sebuah rumah di Jalan Sultan Yahya Petra, di sini, pada jam 10.20 pagi, 5 April lalu.

Dalam kejadian itu, tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa dengan menolaknya ke katil dan bertindak agresif mengambil bantal menindih muka mangsa hingga sukar bernafas.


Ketika itu, tertuduh juga dikatakan cuba naik ke atas badan mangsa, namun sempat dihalang dengan menggunakan tangan.

Kesalahan didakwa dilakukan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya negeri, Ainun Zafirah Abd Halim mencadangkan jaminan RM10,000 dan memohon tarikh untuk pengurusan kes.

Majistret, Mohd Firdaus Zainal Abidin kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan bersyarat tertuduh tidak boleh mengganggu mangsa.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 6 Jun depan. Setakat petang semalam, jamin belum dijelaskan. - SH Online

No comments