Terkini

Tania Maut Akibat Persetubuhan Ganas Dengan Wartawan

SEORANG wanita berusia 23 tahun maut selepas dipercayai terlibat dalam aktiviti seks ganas bersama pasangannya.


Tania Maut Akibat Persetubuhan Ganas Dengan Wartawan

Mangsa, Tania Trinidad Paredes, seorang pakar psikologi dikatakan meminta pasangannya, Juan ruiz Torres, 32, menampar dan menjerut lehernya menggunakan kabel ketika mengadakan hubungan seks di rumahnya di daerah Tlalpan, Mexico, lapor Mail Online.

Torres, seorang wartawan, bagaimanapun menafikan merogol mangsa dan memberitahu polis bahawa Tania secara tiba-tiba meninggal dunia ketika mereka sedang melakukan hubungan intim.


Jelas Torres, ketika kejadian mereka sedang minum malam bersama seorang lagi rakan serumah mangsa, Jose Luis Arzate Martinez, sebelum Tania mengajak mereka melakukan seks bertiga.

Bagaimanapun, rakannya menolak pelawaan tersebut dan membiarkan Torres dan Tania berdua, sebelum mangsa mencadangkan untuk melakukan aksi seks ganas.

Torres memberitahu polis, sepanjang aksi seks dia mendakwa Tania memintanya untuk menekan leher dan menamparnya kerana mangsa sangat sukakan aksi seks ganas.

Torres dikatakan menjerut mangsa dengan kabel, namun berkemungkinan terlalu ketat mengakibatkan Tania secara tiba-tiba rebah.

Hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa akibat lemas dan patah tulang leher.

Sementara beberapa media tempatan mendakwa Torres pada mulanya menafikan mempunyai kaitan dengan kematian Tania, tetapi kemudiannya mengaku melakukan seks ganas selepas disoal siasat.

Siasatan masih dijalankan dan tertuduh belum didakwa. - mD

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments