Tauke Raja Lawak Dikecam Netizen Gara-Gara ‘Prank Call’

Sebelum ini, segmen prank Era FM iaitu Sate yang dikendalikan oleh Shahrul Shiro, Tauke Raja Lawak dan Dina Nadzir pernah dikecam kerana hampir menyebabkan satu pasangan suami isteri bergaduh kerana dianggap tidak menjaga sensitiviti.


Tauke Raja Lawak Dikecam Netizen Gara-Gara ‘Prank Call’

Namun malam semalam, seorang pengguna Twitter yang meggunakan tweethandle @okedkama telah mengkritik satu lagi prank yang dibuat oleh Tauke Raja Lawak dan Dina Nadzir, juga dianggapnya keterlaluan.


Kritikan yang dibuat oleh @okedkama mendapat ratusan retweets, dah telah sampai ke pengetahuan Tauke yang juga agak aktif di Twitter. Tauke kemudiannya mempersoalkan perkataan yang digunakan oleh @okedkama dan meminta beliau duduk di tempatnya untuk faham.


Reaksi Tauke masih mendapat kritikan netizen, bagaimanapun Tauke kemudiannya memuatnaik perbualan Whatsapp dengan ‘mangsa’ beliau pagi tadi. Dakwanya, ia bukan satu bentuk penganiayaan terhadap mangsa.


Isi yang cuba disampaikan oleh netizen ialah jika mahu buat prank, sepatutnya bukan dengan memberi harapan kemudian mengecewakan orang lain. Apa yang diperkatakan oleh Netizen ada benarnya.


Hingga kini, Tauke masih menerima kritikan dan kecaman di Twitter, termasuk dari mereka yang menganggap program Sate tidak berfaedah dan hambar.

Ada juga yang berpendapat Tauke tidak perlu mempersoalkan kerja @okedkama kerana kerjanya di Era FM hanya sekadar membuat prank sahaja.

Apa pendapat anda?

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:



No comments