Terkini

Tentera Jumpa Serpihan Pesawat, Sebahagian Mayat Penumpang EgyptAir

KAHERAH, Jumaat – Tentera Mesir berkata, serpihan pesawat EgyptAir, tubuh badan mangsa dan barang peribadi mereka ditemui di Laut Mediterranean, hari ini.


Tentera Jumpa Serpihan Pesawat, Sebahagian Mayat Penumpang EgyptAir

Jurucakap tentera Mesir, Brigader Jeneral Mohammed Samir, berkata pesawat dan kapal tentera laut negara itu menjumpai serpihan pesawat Airbus A320 bersama barang peribadi milik penumpang MS804 kira-kira 180 batu di utara Alexandria.

Katanya, pihak tentera yakin serpihan itu adalah milik pesawat MS804 yang terhempas di Laut Mediterranean dan semua barang yang ditemui akan dibawa ke Mesir untuk siasatan lanjut.

Pesawat EgyptAir yang dalam penerbangan dari Paris ke Kaherah kelmarin hilang daripada radar sejurus memasuki ruang udara Mesir, semalam.


Pengganas diletakkan sebagai punca nahas itu, tetapi sehingga kini tiada mana-mana kumpulan yang mengaku bertanggungjawab.

Menteri Penerbangan Awam Mesir, Sherif Fathy berkata, beliau tidak mahu membuat kesimpulan, tetapi kemungkinan keganasan sebagai punca Airbus A320 itu nahas adalah lebih tinggi, berbanding masalah teknikal.

Menteri Pertahanan Greece, Panos Kammenos berkata, pesawat malang itu melakukan dua pusingan tajam sebelum menjunam ke dalam Laut Mediterranean.

Beliau berkata, pesawat itu kali pertama membuat pusingan 90 darjah ke kiri dan kemudian 360 darjah ke kanan.

Ia kemudian jatuh dari paras 37,000 kaki kepada 15,000 kaki dan pada ketinggian 10,000 kaki ia hilang dari radar, katanya. – Agensi

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:


No comments