Tentera Mesir Siarkan Imej Serpihan Pesawat EgyptAir (7 Gambar)

Angkatan tentera Mesir mengeluarkan beberapa keping imej berupa serpihan pesawat EgyptAir MS804 yang dijumpai semasa operasi mencari dan menyelamat mangsa pesawat malang tersebut.


Tentera Mesir Siarkan Imej Serpihan Pesawat EgyptAir (7 Gambar)

Antara serpihan yang dijumpai termasuk jaket keselamatan, bahagian kerusi, serpihan logam dan beberapa objek yang secara jelas tertulis EgyptAir.

Kesemua serpihan tersebut dijumpai di perairan Laut Mediterranean.

Berikut adalah imej-imej yang dimuat naik dalam akaun Facebook jurucakap Angkatan Tentera Mesir:


Pesawat EgyptAir membawa 56 penumpang, tujuh anak kapal dan tiga pengawal keselamatan ketika dalam perjalanan dari Paris ke Kaherah hilang dari radar pada Khamis lalu.

Laporan mengatakan ia menjunam dan berpusing secara tiba-tiba pada ketinggian 22,000 kaki di Laut Mediterranean.








Terbaharu, protal berita CNN melaporkan isyarat amaran asap dikeluarkan dalam pesawat EgyptAir penerbangan MS804 beberapa minit sebelum ia terhempas di laut Mediterranean pada Khamis, lapor CNN.

Menurut data yang diterbitkan di laman industri penerbangan Aviation Herald, amaran tersebut dikesan di bahagian tandas dan bahagian elektrik sebelum pesawat berkenaan dilaporkan hilang daripada skrin radar.

Data berkenaan dilapor diterima daripada sistem komunikasi pesawat, ACARS.

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments