Terkejut Pakcik Ini Cakap Macam Ini Setelah Jumpa Wang Dalam Timbunan Sampah

Seorang warga emas menunjukkan sifat jujurnya apabila menyerahkan semula wang berjumlah 4,000 Yen (RM2,470) yang dijumpainya dalam timbunan sampah kepada pihak polis.



Lelaki yang berusia 83 tahun itu menjumpai wang itu yang semuanya terdiri daripada wang kertas 1 Yen.

Setelah menemuinya dalam timbunan sampah, lelaki itu yang dikenali sebagai Xi Bi-Wen segera menuju ke balai polis berdekatan untuk menyerahkan wang berkenaan kepada tuan punya.


"Ini bukan wang saya. Saya tidak boleh ambil wang orang lain," katanya kepada anggota polis.

Bagi Bi-Wen yang hidup sebagai pengutip sampah, wang berjumlah RM2,470 itu memang banyak baginya.

Namun dia tiada niat langsung untuk mengambilnya dan berulang kali menyatakan kepada polis wang itu mesti diserahkan semula kepada ampunya. - SINAR HARIAN

No comments