Terkini


Tiada Petunjuk Pesawat EgyptAir Meletup Di Udara - AS

WASHINGTON: Pihak berkuasa Amerika Syarikat menimbulkan persoalan terhadap kemungkinan pesawat penumpang EgyptAir MS804 yang terhempas, awal semalam diserang pengganas.



Menurut mereka, tiada bukti letupan berlaku dalam pesawat dan mereka kini meneliti semula maklumat risikan untuk menentukan apa yang sebenarnya berlaku pada pesawat berkenaan.

Wakil Demokrat dalam Jawatan kuasa Risikan Kongres Amerika Syarikat itu memaklumkan bahawa terdapat laporan bercanggah mengenai aktiviti pesawat EgyptAir itu ketika minit terakhir penerbangan.


"Kami bekerjasama dengan Perancis untuk menentukan apa maklumat yang ada daripada profil setiap penumpang, namun tiada pengesahan jelas punca nahas," kata wakil California, Adam Schiff.

Katanya, pesawat itu seolah-olah berkecai ketika di udara, namun sebabnya masih tidak jelas. - DailyMail

No comments