Timbalan Menteri Antara Yang Hilang Dalam Helikopter Di Sarawak

KUCHING – Enam individu termasuk seorang timbalan menteri dipercayai berada dalam helikopter yang dilaporkan hilang di Sarawak.


Timbalan Menteri Antara Yang Hilang Dalam Helikopter Di Sarawak

Mereka yang dikatakan berada dalam helikopter itu ialah Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon dan suaminya, Asmuni Abdullah.

Turut sama ialah Ahli Parlimen Kuala Kangsar yang juga Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad.


Tiga yang lain ialah Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Dr Sundaran Annamalai, pengawal peribadi kepada Noriah, Ahmad Sobri Harun dan juruterbang RP-C 6828 Kapten Rudolf Rex Ragas.

Sebelum ini Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Azharudin Abdul Rahman ketika dihubungi mStar Online berkata, helikopter berkenaan bertolak dari Betong ke Kuching pada 4.15 petang Khamis.

No comments