TMJ Buat Gempak Dengan Hidangan “Gajah CEO”

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengulas tentang sebuah gambar ‘photoshop’ kononnya baginda dihidang gajah yang tertulis perkataan CEO di atasnya.


TMJ Buat Gempak Dengan Hidangan “Gajah CEO”.

Jelas baginda, tiada sebarang tujuan secara peribadi dalam memuat naik gambar berkenaan selain sekadar suka-suka untuk rakannya, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Pahang.

“Tiada apa-apa yang peribadi. Apabila ia berlaku kepada kami terutama apabila kami kalah, semua orang turut sama-sama bergabung dan menjadikan kami bahan jenaka mereka.

“Sehinggakan ada juga yang memijak bendera kami. Namun apabila kami melakukan sedikit perang psikologi kepada mereka, semua orang tiba-tiba berubah menjadi orang yang alim. Apabila ia datang daripada saya atau JDT, sesetengah orang menjadi terlalu sensitif,” katanya dalam satu wawacara yang turut dimuatnaik dalam laman Facebook JDT.


“Saya tidak tahu mengapa. Mungkin kerana teman wanita mereka mahu merakamkan gambar bersama saya atau anak-anak mereka melihat saya sebagai seorang wira. Saya tidak tahu. Apa-apa sahajalah,” tambahnya lagi.

Gambar foto yang dimuatnaik semalam mengundang pelbagai reaksi bercampur daripada netizen yang mengikuti perkembangan Facebook JDT.

Pengikut bernama Dek An menulis, “Korang nampak tak ape yg di’highlight’ atas badan gajah tu? CEO kan? Bermakna TMJ bukan meng**** penyokong Pahang tapi nak menyedarkan CEO korang. Harap jangan ambil hati . InshaAllah Pahang akan kembali bersaing kalau betul cara pengurusannya.”

Manakala, seorang lagi pengikut bernama Fitri Senjah menulis, “Tahniah JDT atas kemenangan malam tadi…gagal sekali tidak bererti gagal selamanya..InshaaAllah kami (Pahang) akan bangkit bila liga bersambung kelak..”

“Gurauan ditujukan daripada rakan kepada rakan….kita yang rakyat marhain ni….tengok aje…jangan gaduh2. Hohoho,” tulis Huzaimi Hamdan pula.

Awalnya, sekeping gambar dimuat naik, menunjukkan pemain JDT sedang duduk di atas gajah sambil memakai topi koboi dan memegang seikat tali ditangannya. - FMT

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:


No comments