Video Harith Iskander Bersama TMJ Jadi Viral, Lihat Apa Yang Harith Bebelkan

HOS terbaharu Astro AWANI, Harith Iskander, pada Rabu mengejutkan peminat Obviously Harith Iskander di media sosial apabila tampil dalam rakaman video santai bersama Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.


Video Harith Iskander Bersama TMJ Jadi Viral, Lihat Apa Yang Harith Bebelkan

Beliau yang juga pelawak terkenal kelihatan selamba berceloteh dalam kenderaan yang dipandu sendiri oleh Tunku Ismail di tempat pemanduan sebelah kiri.


Tunku Ismail juga sesekali dilihat memandang Harith Iskander dan tersenyum mendengar celoteh pelawak itu yang teruja dibawa bersiar-siar di negeri Johor.


Rakaman video itu turut menampilkan Pengarah Sukan JDT, Alistair Edwards, yang berada di bahagian tempat duduk belakang kenderaan tersebut.

Setakat pagi Khamis, video tersebut ditonton lebih 78 ribu kali di Facebook, dan memperoleh lebih 3,600 retweet. - AwaniNews

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:



No comments