Terkini

Video: ‘Kalau Saya Mati Siapa Nak Jaga Najib, Rosmah?’ – Ali Tinju

Presiden Pertubuhan Pembela Nasib Melayu Malaysia, Mohd Ali Haji Baharom mendakwa menerima ugutan bunuh setelah mengeluarkan kenyataan BN akan kalah teruk jika mencalonkan Datuk Jamal Md Yunos bertanding dalam PRK Sungai Besar.


Video: ‘Kalau Saya Mati Siapa Nak Jaga Najib, Rosmah?’ – Ali Tinju

Menurut Ali ekoran kenyataan tersebut, Ketua UMNO Sungai Besar itu telah menghubunginya dan mengeluarkan kenyataan kesat sebelum mengugut untuk menembaknya.

“Saya nak bagi tahu Datuk Jamal, kalau dia tembak panglima Datuk Seri Najib sampai mati, siapa nak jaga Datin Seri Rosmah dan Datuk Seri Najib.

“Sebab itu saya nak bagi tahu dia (Jamal) kami orang-orang askar tidak akan berdiam diri dan saya memohon Ketua Polis Negara tarik balik lesen pistol kepada Datuk Jamal,” katanya selepas membuat laporan di ibu pejabat polis Dang Wangi sebentar tadi.

Justeru, beliau telah menyarankan agar Ketua Polis Negara menarik balik lesen pistol yang diberikan kepada Datuk Jamal kerana beliau bimbang orang yang tidak bersalah akan menjadi mangsa sekiranya pistol tersebut jatuh ke tangan orang yang tidak bertanggungjawab.

“Saya mohon ketua polis negara untuk menarik balik lesen pistol yang diberikan kepada Datuk Jamal sebab beberapa isu yang saya lihat waktu gerakan merah hari itu Datuk Jamal telah keluarkan dua pistol dan diberikan kepada orang lain untuk dijaga pistol tersebut.


“Jika pistol diberikan kepada orang yang tidak bertanggungjawab dan orang ini menembak kepada orang yang tidak bersalah, siapa yang harus dipertanggungjawapkan.” ujarnya.

Terdahulu musuh ketat Jamal itu berkata, BN akan kalah teruk dan bakal menghabiskan wang dan tenaga parti sekiranya mencalonkan Jamal sambil menegaskan Gerakan Baju Merah tidak akan membantu kempen BN pada PRK Sungai Besar.

Jamal sebelum ini berkata telah menyenaraikan tujuh calon berpotensi untuk mewakili BN bagi berdepan Pilihan Raya Umum akan datang dan berkemungkinan calon itu akan dipilih bagi mewakili BN pada PRK Sungai Besar nanti.

Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengadakan mesyuarat khas pada Jumaat ini bagi menetapkan tarikh PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar, susulan kematian Noriah dan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dalam nahas helikopter, minggu lalu.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu, BN menang tipis di Parlimen Sungai Besar apabila Allahyarhamah Noriah menewaskan calon PAS dengan majoriti 399 undi.

No comments