Zizan Nak Kahwin Tapi Orangnya Takda? Mira Filzah Kat Sebelah Tu….

Kebahagiaan rakan-rakan yang sudah mendirikan rumah tangga membuatkan pelakon dan pelawak Zizan Razak merasakan kekosongan hidupnya.


Zizan Nak Kahwin Tapi Orangnya Takda? Mira Filzah Kat Sebelah Tu….

Zizan, nama sebenar Mohd Razizan Abdul Razak, berkata terdetik di hatinya untuk mendirikan rumah tangga namun kesibukan kerjaya menjadi penghalang.

“Rancangan [berkahwin] itu ada tetapi orangnya tidak ada, macam mana? Itu masalahnya. Kalau ada, doakanlah untuk saya, insya Allah.

“Tidak tahulah, sekarang sibuk dengan kerja. Kalau ada peluang insya Allah. Saya pun berniat juga [berkahwin].


“Saya tengok Shaheizy Sam gembira, begitu juga Johan dan rakan lain seperti Hairul Azreen dengan Hanis Zalikha.

“Saya pun rasa berniat jugalah tetapi tengok keadaan. Kalau ada insya Allah,” katanya kepada ProjekMMO selepas Anugerah Bintang Popular Berita Harian 29 (ABPBH 29) kelmarin.

Zizan Nak Kahwin Tapi Orangnya Takda? Mira Filzah Kat Sebelah Tu….

Ditanya keserasian bersama Mira mengacarakan anugerah gilang-gemilang itu, Zizan berkata pelakon drama “Cinta Si Wedding Planner” itu tidak segan bertanya.

“Saya gembira sebab dia orang baru dan saya berpengalaman dalam mengacara. Apa yang kami tunjuk ajar dan tegur, dia menerima dengan hati yang terbuka.

“Dia lakukannya dengan ikhlas. Kita tengok dia berjaya malam ini [Ahad]. Tahniah buat Mira,” katanya.

p/s: Mira Filzah pun wokey…..huhuu masin mulut menjadik amacam Zan?
---------------
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments