Terkini

Black Death - 75 Juta Maut, Wabak Penyakit Paling Bahaya Dalam Sejarah

Black death (maut hitam) adalah singkatan nama wabak penyakit PES dan radang paru-paru yang telah memporak–porandakan Eropah antara tahun 1347 dan 1351. Inilah merupakan bencana wabak penyakit (pendemik) terburuk yang pernah menimpa peradaban umat manusia di muka bumi ini.


Black Death - 75 Juta Maut, Wabak Penyakit Paling Bahaya Dalam Sejarah
Black Death - 75 Juta Maut, Wabak Penyakit Paling Bahaya Dalam Sejarah
Pendemik ini bermula di Asia barat daya dan merebak ke Eropah pada awal dekad 1340-an.

Jumlah kematian di seluruh dunia, akibat pandemik ini, dianggarkan sebanyak 75 juta orang, termasuk antara satu pertiga hingga dua pertiga jumlah penduduk Eropah

Tersebar ke seluruh dunia, wabak black death ini setidak-tidaknya telah membunuh kurang lebih 40 juta orang, termasuk diantaranya 25 juta orang di Eropah. Faktanya, black death membunuh satu dari setiap empat orang Eropah hanya dalam waktu empat tahun.

Penyakit Merebak

Penyakit ini berasal dari China, kemudian telah menular pada orang-orang Eropah ketika seorang Kipchak (Mongol) menyerbu sebuah keramaian dengan melemparkan jenazah ke tengah pusat perdagangan di Crimea.

Wabak penyakit black-death di Eropah mengikut tahun.

Kemudian wabak tersebut menrebak ke Genoa pada 1347, lalu tersebar ke bahagian barat dan utara, dan merebak ke London dan Paris pada 1348. Wabak itu mungkin dibawa pertama kali oleh kutu tikus yang juga dapat hidup pada manusia. Hal ini kemudian berubah menjadi wabak penyakit radang paru-paru yang menyebar melalui batuk dan bersin.


Gambaran pelukis tentang bencana black death

Kesan akibat wabak black death ini, tanah lapang dipenuhi dengan mayat-mayat, rumah-rumah, kampung-kampung dan bandar menjadi sunyi dan kosong.


Mengikut sejarah, kononnya ribuan kerangka manusia yang digunakan sebagai kontruksi dasar bangunan Evora Chapel di Portugal itu merupakan kerangka mangsa keganasan wabak black death.

Penyebab Penyakit

Pada umumnya dipersetujui hingga ke hari ini bahawa penyakit tersebut merupakan wabak yang disebabkan oleh bakteria Yersinia pestis. Bakteria ini dibawa oleh kutu, yang dipindahkan pada manusia melalui hubungan dengan tikus. Gigitan kutu membawa penyakit ini ke sistem limfa, melaluinya ia memasuki nodus limfa.

Kutu tikus yang membawa bakteria yersinia pestis penyebab black death
Mikrograf bakteria yersinia pestis yang diimbas melalui mikroskop elektron
Di sini bakteria membiak dan membentuk bengkak yang dikenali sebagai "buboes", Selepas tiga atau empat hari bakteria memasuki saluran darah, menjangkiti organ seperti limpa dan pari-paru.

Bangkakan buboes

Pesakit biasanya akan menemui maut selepas beberapa hari. Jaluran lain penyakit ini adalah wabak pneumonia, di mana bakteria menjadi bawaan udara dan memasuki secara langsung ke dalam paru-paru mangsa. Jaluran jenis ini adalah lebih merbahaya, kerana ia merebak secara langsung dari pesakit kepada yang lain.

Bangkakan buboes
Bangkakan buboes
Jangkitan jenis ini kemungkinannya memainkan peranan besar dalam black deathh, sementara jaluran ketiga adalah lebih jarang. Ini merupakan wabak Sepsis, di mana gigitan kutu membawa bakteria langsung kealiran darah, dan kematian berlaku dengan pantas. Sumber: Wikipedia

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments