Top Ad unit 728 × 90

recent

China Tetap Larang Muslim Uighur Berpuasa Di Bulan Ramadhan

BEIJING, Selasa – Seperti biasa, China tetap menghalang rakyatnya yang beragama Islam di wilayah Xinjiang untuk berpuasa di bulan Ramadhan.

“Anggota parti, anggota kader, kakitangan awam, para pelajar dan anak-anak kecil tidak boleh berpuasa sepanjang Ramadhan dan tidak dibenarkan terlibat dalam aktiviti agama.


“Pada bulan Ramadhan, perniagaan makanan dan minuman tidak boleh ditutup,” demikian notis yang dimuat naik di laman web rasmi kota Korla di tengah Xinjiang.

BACA: Undang-undang kontroversi: Masyarakat Islam Uighur tidak dibenar berpuasa

Parti Komunis yang juga parti memerintah negara itu dilaporkan sudah saban tahun melarang kakitangan pemerintah dan anak-anak kecil daripada berpuasa di Xinjiang.


Mereka juga mengarahkan beberapa restoran untuk kekal dibuka.


Wilayah Xinjiang ini adalah tempat tinggal untuk lebih 10 juta penduduk yang kebanyakannya adalah muslim.

Mereka merupakan kaum minoriti Islam daripada kaum Uighur. -Agensi
China Tetap Larang Muslim Uighur Berpuasa Di Bulan Ramadhan Reviewed by Adam Hakimie on June 07, 2016 Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by OhDunia.My © 2014 - 2015
Share by GFXFree.Net

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.