Terkini

Contoh Jawapan Lengkap Tugasan / Kerja Kursus Sejarah PT3 2016

Ini adalah kerangka Contoh Jawapan Penuh Lengkap Tugasan / Kerja Kursus Sejarah PT3 2016. Tajuk : Kajian Bangunan / Binaan Bersejarah Di Tempat Tinggal Anda.

Anda dikehendaki membuat kajian tentang bangunan/ binaan bersejarah di tempat tinggal anda. Hasilkan satu laporan yang panjangnya tidak kurang daripada 300 patah perkataan.


Contoh Jawapan Lengkap Tugasan / Kerja Kursus Sejarah PT3 2016

Tugasan anda hendaklah mengandungi aspek-aspek utama berikut:

(a) Tajuk kajian : *tajuk terpulang pada anda mengikut kreativiti sendiri*
contoh : Kajian Sejarah Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur.

(b) Nama penulis - *Nama anda*

(c) Isi kandungan:
  1. Pengenalan - Latar belakang bangunan / binaan (Contoh Isi: KLIK SINI)
  2. Menerangkan struktur bangunan / binaan (Contoh Isi: KLIK SINI)
  3. Menghuraikan sebab bangunan / binaan tersebut dibina (Contoh Isi: KLIK SINI)
  4. Menganalisis fungsi dan keadaan bangunan pada masa kini (Contoh Isi: KLIK SINI)
  5. Mencadangkan langkah untuk memelihara / memulihara bangunan / binaan (Contoh Isi: KLIK SINI)
(d) Rumusan - pengetahuan nilai dan harapan (Contoh Isi: KLIK SINI)

(e) Sumber rujukan - Menyenaraikan jenis sumber: buku / internet / akhbar / majalah (Contoh Isi: KLIK SINI)


Sila baca maklumat penting tugasan kerja kursus Sejarah PT3 2016 (KLIK SINI)

Tarikh kerja kursus bermula: 19 Jun 2016 (Ahad)
Tarikh kerja kursus dihantar: 1 Julai 2016 (Jumaat)

PERANCANGAN KERJA


Bil. Tarikh Aktiviti-Aktiviti Catatan
1. 20 Jun 2016 Menerima taklimat daripada guru Sejarah berkaitan penulisan tugasan.
2. 21 Jun 2016 Membuat rujukan awal ke laman web yang berkaitan dengan tugasan sebagai persediaan awal.
3. 22 Jun 2016 Mengenalpasti cara penulisan laporan.
Menentukan tajuk penulisan.
4. 22 Jun 2016 Menulis kerangka tugasan.
5. 23 Jun 2016
hingga
26 Jun 2016
Mencari maklumat dan membuat rujukan lanjut berkaitan tugasan melalui sumber-sumber seperti internet, majalah, akhbar, jurnal, lawatan dsb.
6. 27 Jun 2016 Menulis pengenalan / latarbelakang.
Menulis Struktur Bangunan Bersejarah
7. 28 Jun 2016 Menulis Sebab Bangunan Dibina
Menulis Fungsi Bangunan Bersejarah
8. 29 Jun 2016 Menulis Langkah Memelihara Bangunan.
Menulis Rumusan.
Menulis Sumber Rujukan.
9. 30 Jun 2016 Mengemaskini Laporan.
Semakan Terakhir Laporan.
'Binding' Laporan.
10. 1 Julai 2016 Menghantar Laporan.
(Jadual Perancangan Kerja ini di ubah suai dari sumber asal: Panduan Lengkap Membuat Tugasan Sejarah PT3 2015)
GAMBAR JADUAL KLIK SINI

KERANGKA PENULISAN LAPORAN

Contoh:

Bil Perkara Huraian
1. Pengenalan / Latar belakang Huraikan latar belakang bangunan / binaan yang dipilih: Contoh:

Bangunan Sultan Abdul Samad adalah merupakan mercu tanda yang sangat sinonim bagi bandaraya Kuala Lumpur hatta negara Malaysia. Kehadiran, keunikan dan identiti seni bina yang terdapat pada bangunan tersebut mendapat pujian dan sanjungan dari segenap lapisan penduduk Malaysia mahupun luar negara. Bangunan ini telah berjaya menjadi ikon kepada Kuala Lumpur dan beberapa perayaan penting seperti Sambutan Tahun Baru, Sambutan Hari Merdeka dan acara-acara yang membabitkan promosi pelancongan negara.

Bangunan ini telah direka oleh arkitek berbangsa British, A. C. Norman dan A. B. Hubbock yang pada waktu itu bekerja di Jabatan Kerja Raya di Kuala Lumpur pada tahun 1894. Batu asas pembinaan telah diletakkan oleh Gabenor Negeri-Negeri Selat iaitu Sir Charles Mitchell pada 6 Oktober 1894. Bangunan ini siap dan dirasmikan pada tahun 1897 oleh Residen British, Sir Frank Swettenham.
2. Struktur bangunan / binaan Huraikan struktur bangunan / binaan: Contoh: Bangunan Sultan Abdul Samad bina bercirikan seni bina Moor direka bentu oleh arkitek British, Anthony C.Norman. Bangunan dua tingkat ini didirikan di atas kawasan seluas 10200 meter persegi dan tingginya ialah 57 meter. Di bawahnya terdapat tempat letak kereta untuk hakim-hakim dan pegawai –pegawai mahkamah. Ia mempunyai 3 kubah dan sebuah menara jam setinggi 40 meter....
3. Sebab bangunan / binaan tersebut dibina Huraikan tujuan pembinaan bangunan: Contoh: 
Pentadbiran British di Selangor memerlukan Ibu Pejabat baru bagi mentadbir negeri . Sebelum ini ibu negeri Selangor terletak di Klang dan agak jauh dari kawasan yang maju di Kuala Lumpur. Residen Jeneral British di Selangor pada waktu itu ialah Sir Frank Swettenham .Sultan Abdul Samad memerintah negeri Selangor dari 1857 hingga 1898 setuju Kuala Lumpur dijadikan ibu negeri Selangor .

Antara pejabat yang akan ditempatkan di sini ialah Sekretariat Kerajaan (G.S.O); bilik mesyuarat Majlis Negeri (Council Chamber); Pejabat Pos; Lembaga Kebersihan (Sanitary Board); Pejabat Kehakiman (Judicial Commissioner); Public Works Department (PWD); Audit dan Perbendaharaan; Pejabat Tanah; Jabatan Galian dan Pejabat Daerah Jabatan Kerja Raya (P.W.D. District Office).

Fungsi bangunan ini ditukar beberapa kali. Bangunan ini pernah dijadikan Mahkamah Agung di bawah Kementerian Kehakiman. Oleh itu disediakan tempat letak kereta untuk hakim - hakim dan pegawai–pegawai mahkamah.
4. Fungsi dan Keadaan Bangunan Pada Masa Kini Huraikan fungsi dan keadaan bangunan pada zaman dahulu dan masa kini:

Contoh: Fungsi Zaman Dulu:

Ketika zaman pemerintahan British di Selangor, semasa pemerintahan Sultan Abdul Samad, antara pejabat yang telah ditempatkan di sini ialah Sekretariat Kerajaan (G.S.O); bilik mesyuarat Majlis Negeri (Council Chamber); Pejabat Pos; Lembaga Kebersihan (Sanitary Board); Pejabat Kehakiman (Judicial Commissioner); Public Works Department (PWD); Audit dan Perbendaharaan; Pejabat Tanah; Jabatan Galian dan Pejabat Daerah Jabatan Kerja Raya (P.W.D. District Office).

Fungsi bangunan ini ditukar beberapa kali. Bangunan ini pernah dijadikan Mahkamah Agung di bawah Kementerian Kehakiman. Oleh itu disediakan tempat letak kereta untuk hakim - hakim dan pegawai–pegawai mahkamah.

Contoh: Fungsi Masa Kini: 

Pada hari ini, bangunan bersejarah ini menempatkan Mahkamah Agung dan Mahkamah Tinggi. Bangunan ini unik kerana reka bentuk Moorish dan menara jamnya pula menjadi paparan fotografi ramai pelawat yang datang ke sini.

Pada acara penting, bangunan ini dihias dengan lampu dan bendera yang berwarna-warni. Dataran Merdeka yang bersejarah, di mana bendera Union diturunkan dan bendera Malaya dinaikkan buat pertama kalinya pada 31 Ogos 1957, berada di seberang jalan berhadapan bangunan Sultan Abdul Samad.
5. Langkah Untuk Memelihara Dan Memulihara Bangunan / Binaan Langkah memelihara / memulihara bangunan: Contoh:

Antara langkah pemeliharaan yang telah dibuat ialah pengubahsuaian dilakukan pada tahun 1978 mengambil masa enam tahun, menelan belanja sebanyak RM 17.2 juta ringgit. Bumbung ditukar baru dan kubah kayu ditukar kepada kubah tembaga. Pada tahun 1978 bangunan ini menempatkan Mahkamah Agung, Mahkamah Tinggi Bahagian Sivil dan Dagang serta Mahkamah Tinggi Jenayah. Mahkamah ini berpindah ke Istana Kehakiman di Putrajaya. Bangunan ini sekarang menempatkan Bahagian Komersil Mahkamah Tinggi Malaya.

Ubah suai dilakukan lagi pada 2007. Majlis penyerahan Bangunan Sultan Abdul Samad kepada Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia (KPKKW) telah diadakan pada 24 Disember 2008. Penyerahan adalah daripada SPAZ Sdn. Bhd. Kepada Jabatan Kerja Raya Malaysia dan seterusnya kepada KPKKW.

Mulai 2007, bangunan ini dijadikan Pejabat Menteri, Pejabat Timbalan Menteri, Pejabat Ketua Setiausaha, Pejabat Timbalan Ketua Setiausaha , Bahagian Pengurusan, Unit Perhubungan Awam, Unit Undang-Undang, Unit Audit Dalam dan Perpustakaan KPKKW. Sempena majlis penyerahan bangunan ini juga turut diadakan bacaan Yassin dan doa selamat.

Cadangan saya, langkah-langkah pemeliharaan / pemuliharaan ialah .............................. .............................. ................................... ........................................... ....................................
6. Rumusan Contoh Rumusan:

Bangunan dan binaan bersejarah banyak memberikan pengajaran kepada kita. Ianya akan mengingatkan kita tentang peristiwa masa lampau. Sebagai contohnya, bangunan zaman pemerintahan Jepun mengingatkan kita tentang penderitaan hidup rakyat semasa peperangan. Rakyat juga akan menyedari pahit maung yang dialami sewaktu perjuangan menuntut kemerdekaan. Hal ini akan menjadikan kita lebih menghargai keamanan dan kebebasan yang kita nikmati selama ini. Selain itu, kita juga akan sentiasa berwaspada agar kesilapan silam tidak akan berulang lagi....
7. Sumber Kaedah penulisan, sila rujuk pautan Contoh Rumusan Sejarah PT3 2016: Bangunan / Binaan Bersejarah

p/s Setiap fakta dan huraian hendaklah menyatakan sumber rujukan (jika ada)

Calon-Calon PT3 2016: MESTI BACA...

» Tajuk, Maklumat Penting Tugasan Kerja Kursus Sejarah PT3 2016

» Contoh Jawapan Lengkap Tugasan / Kerja Kursus Sejarah PT3 2016

» Struktur Beberapa Bangunan Dan Binaan Bersejarah Di Malaysia

» Latar Belakang Bangunan, Binaan Dan Monumen Bersejarah Di Malaysia

» Latar Belakang 30 Bangunan / Binaan Bersejarah Di Malaysia

» Apakah Kepentingan Memelihara Bangunan dan Binaan Bersejarah?

» Sejarah PT3 2016 - Cadangan Langkah² Memelihara Bangunan Sejarah

» Contoh Rumusan Sejarah PT3 2016: Bangunan / Binaan Bersejarah

» Tugasan Sejarah PT3 2016: Struktur Binaan Muzium Perang, Pulau Pinang

» Sejarah PT3 2016: Tujuan Dan Sebab Bangunan / Binaan Bersejarah Dibina

» Sejarah PT3 2016 - Fungsi & Keadaan Bangunan Bersejarah Pada Masa Ini

» Kaedah Kajian Tugasan Sejarah PT3 2016, Bangunan / Binaan Bersejarah

» Tugasan Sejarah PT3 2016: Panduan Lengkap Menulis Sumber Rujukan
Kredit yang tidak terhingga kepada: CeritaCintaBalqis

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments