“Dia Bukan Orang Sebarangan, Saya Orang Kampung” - Wak Doyok

Personaliti fesyen, Wak Doyok, mengakui selesa berkawan dan kini masih lagi dalam proses mengenali hati budi bekas personaliti TV3, Azrinaz Mazhar Hakim. Bagaimanapun pemilik nama sebenar Mohd Azwan Md Nor, 35, ini berkata dia tidak menolak jika ditakdirkan jodohnya bersama wanita itu.


Azrinaz Mazhar Hakim, Wak Doyok

"Kalau ditanya tentang status saya dengan dia kami masih berkawan, cukuplah saya katakan dia kawan paling rapat dan paling baik dengan saya.

"Tidak salah kami berkawan kerana masing-masing tidak berpunya, kalau ada jodoh kami, sampailah kad jemputan kepada anda semua (media)," jelasnya.


Baru-baru ini, Azrinaz memuji keenakan kuih koci dalam Instagram miliknya yang dibuat ibu Wak Doyok.

Bagaimanapun, Wak Doyok berkata, dia mengakui terdapat jurang antara dia dan wanita itu kerana Azrinaz adalah daripada golongan kenamaan.

Mengenai perkembangan kerjaya, Wak Doyok berkata dia banyak menerima permintaan oleh stesen televisyen di Indonesia untuk di temuramah dalam beberapa program bual bicara tentang gaya hidup dan fesyen.

Selain itu, Wak Doyok berkata, dia bakal membuka cawangan kedai gunting rambut di Jepun dengan seorang rakan kongsi di negara itu.

"Dia bukan orang sembarangan dan saya pula hanya orang kampung sahaja, rasa macam tidak padan pula. Tapi bagi saya untuk memikat seorang wanita perlu memikat kedua-dua ibu bapanya dahulu," ujarnya.

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments