‘Dia Minta Gambar Kemaluan’ Anak Saya.

Nilai: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dipercayai menjadi mangsa gangguan seksual oleh pedofil menerusi aplikasi Mesengger di laman sosial Facebook.



Difahamkan, perkara itu terbongkar apabila kanak-kanak terbabit bertanya ibunya mengenai perbuatan tidak senonoh.

Kes itu menjadi viral di Facebook sebaik ibu kanak-kanak terbabit, Nurulainey Ab Halim, 29, memuat naik paparan skrin perbualan antara lelaki itu dan anaknya di FB.

Nurulainey berkata, anak sulungnya itu ada bertanya mengenai hal itu pada Ahad lalu, sebelum menceritakan apa yang dilakukan seorang lelaki yang membahasakan diri sebagai abang.

“Dia meminta anak saya menghantar gambar kemaluannya menerusi aplikasi berkenaan selain kerap berbual perkara tidak senonoh melalui aplikasi itu.


“Saya hanya mengetahui kejadian itu selepas anak saya bertanya mengenai perbuatan yang dilakukan lelaki itu selain telefon digunakannya mengalami masalah. Saya cuba menghubungi lelaki itu melalui Facebook tetapi tidak dijawab,” katanya di sini, hari ini.

Katanya, dia memuat naik perbualan itu di laman sosial sebagai pengajaran kepada ibu bapa lain supaya sentiasa memeriksa aktiviti anak masing-masing di laman sosial.


2504e-2.jpg?w=360&h=640

2849a-1.jpg?w=360&h=640

29992-3.jpg?w=360&h=640

fbf62-4.jpg?w=360&h=640

2448f-5.jpg?w=360&h=640

754e9-6.jpg?w=360&h=640

e3211-7.jpg?w=360&h=640

af18d-8.jpg?w=360&h=640

a6d77-9.jpg?w=360&h=640

82739-10.jpg?w=360&h=640

e5294-11.jpg?w=360&h=640

d092f-12.jpg?w=360&h=640

ab2f9-13.jpg?w=360&h=640

db592-14.jpg?w=360&h=640

e5c53-15.jpg?w=360&h=640

cdf9c-16.jpg?w=360&h=640

54f70-17.jpg?w=360&h=640

fa1e7-18.jpg?w=360&h=640

5d284-19.jpg?w=360&h=640

9c6f7-20.jpg?w=360&h=640

7a51a-21.jpg?w=360&h=640

e742f-22.jpg?w=360&h=640

a1146-23.jpg?w=360&h=640

a1bff-24.jpg?w=360&h=640
Harian Metro

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments