Erra Fazira Akui Jalin Hubungan Istimewa Dengan Shahir

Aktres, Erra Fazira, 42, mengakui sedang menjalin hubungan istimewa dengan penyanyi, Shahir Zawawi, 28, selepas bekas juara Akademi Fantasi musim kelapan itu membuka mulut mengenai perhubungan mereka.


Erra Fazira Akui Jalin Hubungan Istimewa Dengan Shahir

Namun, Erra Fazira menafikan dakwaan yang menyatakan mereka sudah mempunyai tarikh bagi melangsungkan hari bahagia mereka.

“Sebenarnya, dia (Shahir) yang patut membuka mulut dalam perkara ini kerana dia lelaki. Tetapi, setelah dia menyatakan perkara sebenar mengenai perhubungan kami bermakna dia benar-benar serius.

Baca: Hubungan Saya, Erra Fazira Direstui Keluarga – Shahir AF

“Apapun, saya berasa lega kerana ibaratnya separuh beban saya sudah diluahkan oleh dia. Namun, dakwaan yang mengatakan kami akan bertunang atau berkahwin selepas hari raya ini sama sekali tidak benar.


“Saya tidak mahu tergesa-gesa membincangkan soal berumah tangga kerana masih terlalu awal dan belum lagi memasuki fasa seterusnya,” katanya kepada BH, hari ini.

Mengakui, pihak keluarga Shahir sudah merestui perhubungan mereka, namun Erra Fazira berkata, belum ada perbincangan di pihak keluarganya.

Erra Fazira, Shahir

“Saya belum lagi memberitahu ibu saya mengenai perhubungan ini. Insya-Allah, kalau ada jodoh, saya mengharapkan perkahwinan kali ini yang terakhir dan kekal selamanya,” katanya.

Menafikan dirinya berdolak-dalik mengenai perhubungan mereka, Erra berkata, beliau hanya menafikan mengenai tarikh penyatuan mereka selepas hari raya ini seperti yang didakwa. Sumber: BH Online

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments