Farahdhiya Lantik Pengurus, Serik Ditipu Sindiket Pelacuran

Sebelum ini, Farahdhiya hampir menjadi mangsa sindiket pelacuran yang menggunakan nama Ally Iskandar dan menawar Farahdhiya untuk menjadi pengacara. Berikutan kes berkenaan, Farahdhiya telah melantik seorang pengurus untuk menguruskan kerjaya beliau kerana tidak mahu kejadian yang sama berulang lagi.


Farahdhiya Lantik Pegurus Serik Ditipu Sindiket Pelacuran

Jelas Farahdhiya, beliau masih lagi menerima permintaan daripada penganjur yang mahu bertemu dengan beliau terlebih dahulu sebelum menawarkan persembahan.

BACA: Farahdhiya Diperdaya oleh “ALLY ISKANDAR” Ditawarkan Untuk Jadi Pelacur?

Selepas kes tersebut saya memang serahkan urusan kepada pengurus, namun dia (pengurus) juga berdepan masalah kerana penganjur ingin melihat saya dulu sebelum buat tawaran.

Permintaan orang pelik-pelik sehingga pengurus saya juga pening. Jika saya tiada program bolehlah saya datang secara profesional.


Meskipun jarang kelihatan di kaca televisyen, Farahdhiya akui beliau masih lagi menerima banyak tawaran nyanyian. Buat masa ini, beliau ingin menumpukan seratus peratus perhatian kepada karier nyanyiannya dahulu dan berehat daripada dunia lakonan untuk seketika.

Alhamdulillah tawaran mengadakan persembahan semakin banyak selepas program Gegar Vaganza 2 dan nama saya dikenali semula sebagai penyanyi.

Jadi saya mengambil peluang ini untuk mengutamakan kerjaya nyanyian terlebih dahulu. Jika ada tawaran berlakon saya terima dengan syarat mengikut jadual nyanyian saya dahulu.

Farahdhiya Lantik Pegurus Serik Ditipu Sindiket Pelacuran

Memang serik kalau sudah hampir diperdaya oleh sindiket pelacuran sebelum ini. Melantik pengurus adalah langkah yang baik agar tiada pihak yang mengambil kesempatan terhadap Farahdhiya.

Sumber Berita : mStar Online


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments