Gali Semula Kubur Yang Ditanam Ekoran Bunyi Bising, Lihat Apa Yang Terjadi AMAT MENGEJUTKAN!

HONDURAS: Penduduk disebuah kampung di La Entrada, Barat negara berkenaan terkejut apabila mendengar suara daripada kawasan perkuburan di kampung mereka.


Gali Semula Kubur Yang Ditanam Ekoran Bunyi Bising, Lihat Apa Yang Terjadi AMAT MENGEJUTKAN!

Suaminya Rudy Gonzales terdengar jeritan dan rayuan dari kubur ketika menziarah pusara berkenaan membuatkan penduduk kampung bertekad untuk menggali kembali kubur tersebut.

Apabila digali kembali kubur Neysi Perez, 16, berkenaan yang dikebumikan dalam keranda dan simen konkrit sebelum ini, ahli keluarga mangsa mendapati Neysi tidak lagi bernyawa manakala kaca pada kerandanya telah pecah.

Mereka telah telah membawanya pulang ke kubur terbabit dan dikebumikan semula.


Selain kaca pecah, turut didapai tangan gadis berkenaan berdarah dipercayai kerana mengetuk cermin keranda berkenaan.

MENARIK: Gempar, Kubur Digali Semula Kerana Mayat Hidup Kembali (Video)

Gonzales memberitahu, isterinya itu dikebumikan dengan pakaian pengantin iaitu baju yang dipakainya ketika berkahwin sebelum dia meninggal selepas terjatuh di rumah ketika ingin ke tandas bersama kandungan berumur tiga bulan.


Punca sebenar Perez jatuh dipercayai kerana terkejut mendengar bunyi tembakan dan semasa jatuh mulutnya telah mengeluarkan buih menyebabkan bapanya memanggail paderi.

Kemudian, paderi mengesahkan yang Perez telah dirasuk syaitan dan cuba memulihkkannya tetapi gagal, kemudian barulah keluarganya menghantar gadis itu ke hospital tetapi disahkan meninggal dunia selepas tiga jam kemudian.
“Apabila saya letak tangan saya di kubur itu, saya boleh mendengar bunyi bising dan kemudiannya saya dengar dia menjerit meminta tolong.
“Kejadian itu berlaku sehari selepas kami mengebumikannya,” kata Gonzales.


Selepas menggali kubur berkenaan Perez telah dibawa ke hospital dan doktor telah membuat pemeriksaan sekali lagi tetapi mengesahkan Perez sudah meninggal dunia.

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments