Terkini


Google Ungguli Tangga Teratas ‘Ranking’ Jenama Paling Berharga Sedunia

Satu senarai 100 jenama paling berharga telah dikeluarkan oleh Millard Brown dan WPP. Ini adalah tahun ke-11 laporan BrandZ ini dihasilkan dan laporan ini terus memberi data sesebuah syarikat dengan penuh teliti. Menurut firma ini, faktor seperti harga minyak mentah dan keadaan ekonomi tidak aktif di Brazil, China dan Russia turut memberi impak untuk keputusan ranking ini.



Dalam laporan ini, Louis Vuitton berada di tangga pertama untuk kategori jenama mewah diikuti oleh Hermes dan Gucci.

Untuk sektor pakaian pula, Nike berada di tangga pertama, Zara di tangga ke-2 dan Adidas di tangga ke-7. Bagi kategori makanan pula McDonalds berada di tangga pertama, diikuti Starbucks dan Subway.


Secara keseluruhannya, Google adalah jenama paling unggul di dunia dengan nilai USD229 billion diikuti Apple (USSD228 billion) dan Microsoft (USD121 billion).

Ketiga-tiga jenama ini digunakan oleh hampir setiap orang di dunia ini dan disebabkan faktor ini, 3 jenama ini berjaya mengungguli jenama-jenama lain di dunia ini.

CEO GOOGLE, SUNDAR PICHAI
CEO GOOGLE, SUNDAR PICHAI
Tidak mengejutkan banyak jenama dan syarikat dari China dalam list top 100 BrandZ ini. Tencent, syarikat yang menghasilkan aplikasi WeChat berada di tangga ke-11 dalam senarai ini.

Pasaran di China memang besar dan ia mampu mempengaruhi pasaran global. Anda boleh ke laman BrandZ untuk lihat senarai penuh 100 jenama paling berharga di dunia.

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments