Hubungan Saya, Erra Fazira Direstui Keluarga – Shahir AF

BARU-baru ini, pelakon dan pengacara Erra Fazira ada menyangkal khabar angin yang mendakwa dirinya sudah dirisik dan bakal mendirikan rumah tangga dengan Shahir Zawawi.


Erra Fazira Direstui Keluarga – Shahir AF

Pun begitu, Shahir yang juga juara Akademi Fantasia (AF) musim kelapan tampil memberikan kenyataan berbeza.

Meskipun tidak mengiya atau menidakkan gosip tersebut, namun Shahir mengakui hubungan antara dia dan Erra telah dipersetujui oleh keluarga masing-masing.

“Kami belum tetapkan tarikh. Cerita yang bertebaran itu bukan daripada kami berdua. Kita tak tahu apa yang akan terjadi selepas ini. Doa yang baik-baik sahaja.


“Insya-Allah. Selama inipun, saya kasihankan Erra kerana selalu menjawab setiap spekulasi yang timbul kerana saya tidak ada di ibu kota,

“Selama ini, saya bukan mahu mengelak. Mungkin kini sudah sampai masanya untuk saya sedikit terbuka mengenai hubungan kami. Lagipun keluarga kami sudah bersetuju secara lisan.

“Jadi memang tak ada halangan dan masalah untuk saya sendiri mengambil peranan memikirkan ke fasa yang lebih serius ,” katanya kepada BH Online.

Erra Fazira

Sementara itu, Shahir berkata, dia menyerahkan segala-galanya kepada tuhan sekiranya mereka bakal berkahwin tahun ini.

Pada masa yang sama, Shahir memberitahu dia akan membuat ‘comeback’ tetapi dalam bidang yang lain

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments