Ida Nerina Dedah Pernah Diperli Ketika Beli Makanan Kerana Tidak Boleh Berpuasa

Beberapa hari lepas, kecoh dengan isu dimana seorang wanita yang dikenali sebagai Mrym Lee yang ingin memperjuangkan hak wanita “uzur” untuk makan ditempat awam.


Ida Nerina

Mrym Lee menerusi akaun Facebook mendakwa kononya emosi dan hak perutnya yang sedang kelaparan telah diganggu dengan teguran dan persepsi masyarakat berikutan kelakuannya yang makan secara terbuka di hadapan khalayak pada bulan Ramadhan.

Baca: Wanita 'Period' Ini Makan Secara Terbuka Di Bulan Ramadhan Dikecam Netizen

Ini sekaligus mencetuskan kemarah rakyat Malaysia yang merasakan ia satu perkara yang mengarut dan bertentangan dengaan ajaran Islam.

Malah, ia tidak manis untuk makan di khalayak ramai meskipun tidak boleh berpuasa. Ramai juga berpendapat ia akan mejatuhkan lagi imej wanita Islam.

Ida Nerina

Isu Myrm Lee ini juga mendapat perhatian pelakon Ida Nerina dimana beliau akui tidak kisah jika ada individu lain makan dihadapan beliau tetapi ia tidak bermakna beliau menyokong perbuatan tersebut. Buat Ida ia dalah satu perkara yang memalukan.

Pada masa yang sama, Ida sempat berkongsi bahawa beliau pernah dihina dan diperli oleh pekerja restoran makanan segera sebelum ini kerana membungkus makanan kerana tidak boleh berpuasa. Ida tidak makan di hadapan khalayak pun sudah disindir apatah lagi bagi mereka yang makan secara terang-terangan di hadapan umum?


Ida turut menasihati Mrym Lee untuk memperjuangkan benda lain yang lebih bermanfaat.

Hmmmph, kadang-kadang orang kita ni suka sangat memperjuangkan sesuatu yang sudah tentu tidak masuk akal. Mahu menegakkan sesuatu yang tidak mempunyai faedahnya. Berlagak bijak tapi tak sedar dirinya jahil agama..


Tiada siapa larang Mrym Lee untuk makan jika tidak berpuasa, tetapi hormatilah mereka disekeliling anda. Jangan jatuhkan maruah wanita Islam.
Sumber Berita : Malaysian Digest

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments