Isteri Gabenor Jadi Pelayan Restoran Untuk Beli Kereta Idaman

AMERIKA SYARIKAT – “Saya mahu kerja lebih keras bagi membuktikan kemampuan saya yang sebenar”. Itulah kata-kata Ann LePage, isteri kepada Gabenor Maine, Paul LePage.


Isteri Gabenor Jadi Pelayan Restoran Untuk Beli Kereta Idaman

Ann kini bekerja sebagai pelayan restoran secara sambilan sejak beberapa minggu lalu di Restoran McSeagull di Boothbay Harbor.

Tujuan Ann untuk bekerja di situ hanyalah satu, iaitu mengumpul wang untuk membeli kereta idamannya, Toyota Rav4.

Memandangkan gaji Paul sebagai Gabenor Maine adalah gaji yang paling rendah antara gabenor di seluruh Amerika Syarikat, iaitu USD$70,000 (RM286,000) setahun, ini memaksa Ann mencari jalan lain untuk memenuhi impiannya itu.


Sebagai pelayan restoran sambilan, Ann perlu kerja selama tiga hari seminggu. Biarpun waktu kerjanya tidak panjang, namun ia sudah memberikan kepuasannya untuk mencari rezeki di situ.

“Saya tidak kisah saya adalah isteri kepada Gabenor Maine. Saya cuma mahu kerja untuk menambahkan pendapatan saya sendiri. Itulah yang ingin saya tunjukkan kepada semua orang,” kata Ann dengan bangga.

Kata Ann, ketika menjadi pelayan, dia cuba menyembunyikan identitinya yang sebenar.


Pengurus restoran, Jackie Barnicoat memuji prestasi Ann ketika bekerja dan menyifatkan isteri gabenor itu sebagai pekerja yang berdedikasi dan berdisiplin. - Agensi.

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments