Isu Kafir Harbi: Mufti Pahang Akan Disiasat Bawah Akta Hasutan – KPN

Kuala Lumpur – Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini mengesahkan Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman akan disiasat di bawah Akta Hasutan ekoran kenyataan ‘kafir harbi’ yang dikeluarkan beliau terhadap DAP dan orang bukan Islam yang kononnya menentang Islam.


Isu Kafir Harbi: Mufti Pahang Akan Disiasat Bawah Akta Hasutan – KPN

“Polis telah menerima dua laporan pada 26 Jun, satu di Pulau Pinang dan satu lagi di Dang Wangi.

“Kami telah membuka kertas siasatan di bawah Akta Hasutan supaya membolehkan kita menyiasat,” kata Khalid pada sidang akhbar di Kuala Lumpur, hari ini.


Abdul Rahman dilaporkan oleh Utusan Malaysia pada Jumaat lepas menyamakan DAP dengan ‘kafir harbi’ atau bukan Islam yang menentang Islam dibenarkan untuk dibunuh.

Bagaimanapun, hari ini, pejabat perdana menteri menyatakan jemaah menteri telah memutuskan bahawa rakyat bukan Islam negara ini tidak boleh dikategorikan sebagai kafir harbi selagi mereka mempunyai kerakyatan yang sah dan dilindungi oleh undang-undang negara serta tidak memerangi pemerintah.

Kata pejabat itu lagi, kenyataan Abdul Rahman menimbulkan kontroversi kerana ia telah diselewengkan. – Malaysiakini

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments