Terkini

Jawapan Balas Yuna Kerana Dituduh Mengayakan Fesyen 'Illuminati'

Tidak dapat dinafikan pencapaian kerjaya seni Yuna yang telah menembusi pasaran luar negara selepas gandingannya bersama selebriti Hollywood, Usher sememangnya satu perkara yang membanggakan.


JAWAPAN Balas Yuna Kerana Dituduh Mengayakan Fesyen 'Illuminati'

Namun tindakannya yang memuat naik sekeping gambar di Twitter yang dilihat seperti dirinya sedang membuat gaya Iluminati telah mengundang tohmahan orang ramai.

Memetik portal Oh Bulan, selepas gambar tersebut dimuat naik, ramai mula membanjiri laman sosial penyanyi itu, memberikan pelbagai komen serta persepsi negatif berikutan gaya yang dilakukannya.

Tidak kurang juga ada yang menuduh Yuna menyembah syaitan serta mengikuti ajaran sesat tersebut sejak beliau mula aktif berkarya diluar negara.

Berang dengan komen-komen sinis yang dilemparkan itu, Yuna tampil mempertahankan diri dengan menulis beberapa tweet membidas kembali pendapat orang ramai yang sewenangnya menilai beliau.


Sejurus selepas itu, peminat Yuna mula menyokong dan mempertahankan tindakan Yuna dengan mengatakan rakyat Malaysia terlalu taksub dengan Iluminati.
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments