Jual Juadah Berbuka Puasa Dengan Bayaran Seikhlas Hati

Kita selalu jumpa di laman sosial di mana dimuatnaik gambar mendakwa ada segelintir peniaga di bazar Ramadhan jual makanan tidak ikhlas, karipap inti ‘ciput’ dan bermacam-macam lagi.


Jual Juadah Berbuka Puasa Dengan Bayaran Seikhlas Hati

Ia seolah-olah menjadi fenomena setiap kali Ramadhan, maklumlah bazar Ramadhan ini sebenarnya lubuk untuk mendapat duit lebih, lagi-lagi nak puasa, sudah pasti ramai peniaga mahu untuk berlipat kali ganda dari hari biasa.

Bagaimanapun bukanlah semua peniaga bazar seperti itu, cuma segelintir sahaja.

Dikongsikan oleh seorang lelaki bernama Ammar Rahimi Anwar di mana kisahnya seorang peniaga di bazar Ramadhan yang berniaga pelbagai jenis lauk pauk dengan harga yang agak tidak masuk akal (murahnya).

Mana tidaknya pak cik berkenaan menjual lauk dengan bayaran seikhlas hati, ikut suka berapa kita nak bayar walaupun untuk lauk mahal. menarik.

Jom kita baca apa yang dikongsikan beliau.

Semalam before berbuka dekat Murni Kelana Jaya, aku saje pergi jalan dekat Bazaar Ramadhan SS6 KJ tu (belakang flat Polis). Memang meriah la. Aku tawaf dari start sampai paling hujung. Dapat la beli rojak buah dengan skewer chicken 2 cucuk.


Then time nak patah balik ke Murni aku lalu satu gerai pak cik ni jual banyak lauk. Kebanyakkannya ikan. Memang ramai orang.

Aku jenguk la tengok lauk-pauk dia. Memang banyak la. Ada siakap 3 rasa, ketam masak merah, ikan sweet sour & macam-macam lagilah.

Pastu, aku dengar ada sorang mamat ni tanya,

“Anak bayar la ikut suka anak, seringgit ke 2 ringgir ke, terpulang”. Tercengang semua yang ada kat situ. Pastu mamat tu tanya lagi, “Boleh ke pak cik?”.
“Apa pulak tak boleh, dengan izin Allah semua boleh. Pak cik yakin dengan rezeki Allah”,sambil membungkus siakap 3 rasa tersebut.

Ya. Yakin & percaya. Selamat berbuka.

P/s: Pak Cik tu pakai baju warna putih, bertopi hitam. Sumber: Siakapkeli.my

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments