“Kakak Aku Malu Nak Beritahu Satu Dunia Dia Datang Bulan, Tak Puasa..”

Masa aku kecik2 dulu, selalu jadi mangsa akak aku. Masa tu 18 tahun dulu. 1998. Aku berumur 12 tahun. Kakak aku berumur 14 tahun. Chow Kit meriah, di sepanjang jalan tu ada orang meniaga.


Kakak Aku Malu Nak Beritahu Satu Dunia Dia Datang Bulan, Tak Puasa

Bukan macam sekarang. Semua pasal sukan komanwel 1998, Chedet malu ada penjaja sepanjang jalan tu, sudahnya semua kena paksa pindah ke belakang dekat lorong haji taib. Banyak penjaja bankrap lepas tu.

Ok, kembali kepada cerita kakak aku.

Ayah hanya meniaga di Chow Kit pada bulan puasa, jual baju melayu dan baju kurung.
Aku dengan kakak selalu tolong ayah meniaga.

Yang aku bengkek dgn kakak aku ni ialah bila dia datang bulan je, selalu aku jadi mangsa. Dia suruh aku tapaukan nasi dan air sirap untuk dia.


"Kau belikan lah nasi ngan air sirap! Lauk ayam masak merah!" dia minta aku tolong.
"Kau beli la sendiri! Kenapa aku lak kena belikan!"
"Mangkuk! aku period la bodoh! Malu la aku kalau diorang tahu!"
"Abis nanti diorang ingat aku pulak ponteng puasa!"
"Kau kecik lagi lah! dah la pendek! Dah jgn la banyak bunyi!"
"Ish! ye lah ye lah!"


Kakak hulurkan RM4. Aku pergi ke kedai dan bungkuskan pesanan dia. Sampai di tempat ayah meniaga, aku pelik kakak tak ada.

Aku tanya ayah.

"Bapak, mana kakak?"

Bapak ketawa kecil.

"Tu ha kau tak nampak kaki dia tu? Menyorok bawah meja."

"OOOO"

Aku kemudian bersuara dengat kuat.

"Oi orang tak puasa, nah nasi bungkus dan air sirap ko!"

Tiba-tiba keluar suara dari bawah meja dengan tangan dia mencapai nasi bungkus dan air sirap aku beli tadi.

"Oi siyal la! Cakap slow2 la mangkuk!"

"HHAHAHAHAHAH!


Tapi itulah, 18 tahun dahulu punya cerita. Betapa kakak aku malu nak makan di khayalak ramai, bukan pasal dia nak perjuangkan hak dia, tapi simply sebab itu memang adab dan budaya kita orang Islam. Kakak aku dan ramai wanita muslim di luar sana sememangnya begitu. Malu nak beritahu satu dunia dia datang bulan. Btw, dia tak ada pula pernah suruh aku bungkuskan rojak, mmg selalu nasi je.

Kredit: Tentera Troll Kebangsaan Malaysia

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments