Terkini

Kebakaran Kilang Plastik Di Nilai, Negeri Sembilan (6 Gambar)

Nilai: Bomba memerlukan kira-kira lima jam untuk mengawal dan memadam api yang memusnahkan sebahagian kilang plastik di Jalan LKK Emas, Kawasan Industri Nilai 2, di sini, pagi tadi.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBDP) Nilai Ahmad Ridwan Yahya berkata, dalam kejadian 1.04 pagi, satu daripada enam blok dalam kilang itu musnah seratus peratus.

Katanya, pihaknya dimaklumkan kejadian mengerahkan 30 anggota dan empat jetera termasuk bantuan dari BBDP Mantin, Seremban 2 dan Rembau.

"Sebaik tiba jam 1.18 pagi, anggota mendapati api marak membakar satu blok di kilang terbabit.


"Sehubungan itu kerja pemadaman dilakukan segera dan api dapat dikawal serta dipadam selepas lima jam," katanya.






Menurutnya, kepantasan anggota mengawal api berjaya menyelamatkan lima blok berasingan daripada terbakar.

"Buat masa ini punca kejadian dan nilai kerugian sedang ditafsir," katanya.

No comments