Kejam.. Mak Nyah Dibunuh, Mayat Disumbat Dalam Bagasi

SEORANG mak nyah cantik, Barbie Ann Reilly, 23, ditemui mati dengan kesan berlumuran darah dalam sebuah bagasi di Bacoor, Filipina, baru-baru ini. Mayatnya ditemui dalam kedudukan mengiring dan dibalut dengan plastik hitam.



Susulan itu pihak polis menahan suspek yang dipercayai bertanggung jawab membunuh mangsa iaitu teman lelakinya sendiri, Che Yu Tsai.

Suspek ditahan selepas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kondominium menghubungkan pihak polis dengan jenayah yang dilakukan suspek.

Seorang pengawal keselamatan yang bertugas pada hari kejadian, merupakan saksi penting kes berkenaan kerana dia merupakan individu yang mula-mula mengesan ada sesuatu tidak kena telah berlaku.


Ketika melakukan rondaan waktu pagi di tingkat 11, pengawal terbabit ternampak pintu rumah Barbie terbuka lantas dia mengetuk pintu kerana curiga, seterusnya memasuki rumah apabila ketukannya tidak berjawab.

Sebaik masuk, dia menemui kesan tompokan darah di lantai dan dinding rumah mangsa.

Hasil pemeriksaan CCTV, mangsa dilihat kali terakhir memasuki rumah berkenaan jam 11.40 malam, Jumaat lepas bersama teman lelakinya.

Keesokan harinya, Yu Tsai dilihat keluar membawa sebuah bagasi yang kelihatan terlalu berat untuk diangkat. Di dalamnya, terdapat mayat Barbie.

Mayat Barbie kemudian dicampak suspek ke kawasan hutan di lebuh raya berhampiran kediaman mangsa.

Hasil soal siasat, suspek mengaku membunuh ‘teman wanitanya’ itu kerana kerap meminta wang dengan cara menikam Barbie atau nama sebenarnya, Del Rosario di leher sehingga mati. – MYNEWSHUB.CC

No comments