Kereta Uber Diserang 50 Pemandu Teksi Di KL Sentral

Kuala Lumpur, 22 Jun: Seorang pelancong wanita cedera selepas lebih 50 pemandu teksi menyerang kereta Uber yang dinaiki olehnya dalam kejadian di KL Sentral kelmarin.


Kereta Uber Diserang 50 Pemandu Teksi Di KL Sentral

Laporan dari China Press menyebut, dalam kejadian yang berlaku pagi Isnin itu, pasangan kekasih dari Iran itu baru sahaja tiba di Malaysia dan menggunakan perkhidmatan Uber.

Difahamkan, lebih 50 pemandu yang 'bersembunyi' di KL Sentral bertindak menyerang pasangan terbabit sebaik mereka memasuki kereta Uber tersebut.


Pasangan dan pemandu Uber itu ditarik keluar dari kereta sebelum kumpulan suspek itu dikatakan menggunakan batu untuk memecahkan tingkap kereta.

Laporan menyebut, pelancong wanita itu cedera dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dirawat manakala pemandu Uber itu pula membuat laporan di balai polis.

Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur, ACP Nazri Hussain yang dipetik akhbar berbahasa Cina itu sebagai berkata, kes itu yang dikategorikan sebagai jenayah telah diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah untuk disiasat. - FMT

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments