LAGI Kes Kemalangan Eskalator Melibatkan Kanak-Kanak!..

Kes kemalangan eskalator terbaharu, menimpa seorang kanak-kanak perempuan berusia 3 tahun yang tangan kanannya tersepit pada eskalator di sebuah pasaraya di Ayer Keroh, Melaka, malam tadi.


LAGI Kes Kemalangan Eskalator Melibatkan Kanak-Kanak!..


Dalam kejadian 10 malam tadi, mangsa, Iman Sumaiyah Masri dilaporkan bersama keluarganya pergi ke pasaraya berkenaan untuk membeli belah.

Bagaimanapun, malang tidak berbau sewaktu mangsa yang sedang melalui kawasan eskalator itu, tangannya tiba-tiba tersepit di eskalator berkenaan.

Pegawai Pengurusan Balai, Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Timbalan Penguasa Bomba Kamarulzaman Mohd. Din berkata, akbat kejadian itu, mangsa mengalami luka iaitu melecet pada tangan kanannya.

“Pihak bomba menerima panggilan mengenai kejadian tersebut pada pukul 10.02 malam dan sepasukan 12 anggota bomba yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Ashraf Abdullah bergegas ke tempat kejadian.


“Anggota bomba mengambil masa kira-kira 5 minit untuk mengeluarkan tangan mangsa,” katanya kepada sebuah akhbar tempatan.

Kanak-kanak malang itu kemudian dihantar Hospital Pantai di Ayer Keroh untuk menerima rawatan susulan.

Dalam pada itu, punca kejadian masih dalam siasatan.

Pada 6 Jun lalu, sorang kanak-kanak lelaki tiga tahun dilaporkan cedera apabila kemaluannya tersepit pada eskalator di sebuah pasar raya di Bagan Serai, Perak.



Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments