Latar Belakang & Sejarah Rumah Api Tanjung Tuan, Melaka

Rumah Api Tanjung Tuan yang terletak di kawasan daerah Alor Gajah, Melaka merupakan rumah api antara yang tertua di Malaysia. Selain itu, rumah api ini dilancarkan pada tahun 1958. Rumah api ini dibina pada tahun 1819 oleh kerajaan British, khususnya semasa Stamford Raffles. Kerja Kursus Sejarah PT3 2016, Kajian Bangunan / Binaan Bersejarah.


Latar Belakang & Sejarah Rumah Api Tanjung Tuan, Melaka

Ia kemudian dibina semula pada tahun 1860 setelah menara yang asal termusnah, akibat perang. Dari puncak Tanjung Tuan akan kelihatan pusaran air yang ganas yang menenggelamkan sekurang-kurangnya empat buah kapal perang Belanda dan Portugis pada tahun 1605.

Rumah api ini berfungsi untuk membantu kelasi, kapal-kapal dagang dan nelayan untuk singgah ke pelabuhan. Ia dikawal dan diselenggarakan oleh Shahbandar Melaka. Sebuah radar untuk tujuan pengawalan laluan kapal-kapal besar di Selat Melaka baru saja dipasang di stesen rumah api ini pada awal tahun 1990.

Rumah api ini asalnya daripada bangunan kayu sahaja tetapi kini telah diganti dengan bangunan batu dan dilengkapi dengan sistem lampu yang memenuhi piawai antarabangsa. Kos pembinaannya lebih daripada sejuta ringgit. Di tepi rumah api ada lorong denai menuju ke Tok Keramat Lela dan medan tinjau Pulau Intan. Laluan denai daripada batu telah dibina oleh Jabatan Perhilitan Melaka. Disebabkan faktor-faktor keselamatan, rumah api ini tidak dibuka kepada orang ramai

Menyingkap mengenai sejarah kewujudan Tanjung Tuan, ia dahulunya dikenali sebagai Cape Rachado, sebuah tanjung yang kedudukannya menganjur keluar ke Selat Melaka dari tanah Negeri Sembilan.

Dikelilingi Selat Melaka di sebelah utara, barat dan selatan, di sebelah timur pula, Tanjung Tuan bersempadan dengan Negeri Sembilan membuatkan kedudukannya berada di persisiran dari tanah besar Negeri Sembilan.

Mengikut sejarahnya, Tanjung Tuan yang terletak kira-kira 20 kilometer (km) dari Bandar Port Dickson dan 80 km dari Bandar Melaka mula ditadbir sebagai sebahagian daripada negeri Melaka sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Pada masa itu, ia menjadi tempat kawalan kapal dagang yang melalui perairan Selat Melaka kerana kedudukan perairannya yang sempit memudahkan pihak penguasa memantau atau mengawal kapal yang melaluinya.

Kedudukan Tanjung Tuan yang strategik juga dipercayai menjadi faktor utama tempat tersebut terus digunakan oleh pemerintah di Melaka termasuk Portugis, Belanda dan Inggeris.


Buktinya, sehingga hari ini, masih terdapat rumah api di puncak bukit yang tertinggi di kawasan ini yang menghadap ke Selat Melaka yang pada asalnya dibina oleh Portugis pada abad ke 16 sebelum dibina semula oleh pihak Inggeris pada tahun 1839.

Pada 1921, kawasan ini telah diwartakan sebagai salah satu daripada hutan simpanan kekal yang tertua di Malaysia dan ditadbir oleh Pejabat Hutan Negeri Melaka.

DiwartakanIa juga telah diwartakan sebagai Kawasan Suaka Kehidupan Liar pada tahun 1971 dan Kawasan Perlindungan Mergastua pada tahun 1991 dan diletakkan dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) yang bersempadan dengan Port Dickson, Negeri Sembilan.

Hari ini, Tanjung Tuan yang terletak berhampiran Ilham Resort Port Dickson ini dikenali sebagai pantai peranginan yang telah diwartakan sebagai kawasan santuari burung liar.

Ia menjadi tempat persinggahan berpuluh-puluh ribu burung migrasi jenis helang berhijrah dari hemisfera selatan ke hemisfera utara terutamanya pada bulan September hingga Oktober dan Mac hingga April setiap tahun.

Burung migrasi ini telah menjadikan Tanjung Tuan sebagai lokasi transit untuk mendapatkan bekalan makanan, santuari rehat serta perlindungan yang selamat sejak ratusan tahun lalu sebelum meneruskan perjalanan bermusim melintas hemisfera.

Menyedari keunikan ini, Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) dengan kerjasama Kementerian Pelancongan telah menganjurkan program Raptor Watch Weekend-RWW (Minggu Pemerhatian Burung Helang) sejak Sembilan tahun lalu.

RWW bertujuan memberi kesedaran orang ramai tentang kewujudan fenomena semulajadi ini sejak ratusan tahun dahulu dan menghargainya di samping berusaha untuk mengekalkannya untuk tontonan generasi seterusnya.

RWW 2008 telah berlangsung selama seminggu sejak 8 Mac lalu di PNB Ilham Resort, Tanjung Tuan, Alor Gajah, Melaka dan menerima hampir 4,000 kunjungan pencinta alam dan pemerhati burung dari dalam dan luar negara.


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments