Header Ads

  • Terkini

    Lelaki Dalam Perjalanan Ke Tempat Kerja, Parah Ditembak 5 Das (5 Gambar)

    Eksekutif sebuah syarikat swasta parah selepas terkena lima tembakan di Lebuhraya Sungai Besi, Seremban-Kuala Lumpur, di sini, 8.40 pagi tadi.


    Lelaki Dalam Perjalanan Ke Tempat Kerja, Parah Ditembak 5 Das

    Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, mangsa lelaki berusia 40 tahun dikatakan memandu ke tempat kerjanya di Damansara, Selangor, sebelun didatangi suspek menaiki sebuah motosikal dan melepaskan enam tembakan.


    “Akibat daripada tembakan itu dua terkena pada tangan kanan mangsa, dua di leher dan satu di dada,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian, hari ini.

    Beliau memberitahu, motif kejadian masih lagi disiasat dan polis akan mengambil keterangan mangsa sebaik dia berada dalam keadaan stabil.

    Difahamkan lelaki itu kini dirawat di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia.




    Sumber: Harian Metro

    Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad