Header Ads

  • Terkini

    Letupan Di Puchong: Polis Siasat Kemungkinan Motif Dendam

    PUCHONG: Pihak polis akan menyiasat pelbagai sudut termasuk motif kejadian susulan kes letupan bom di Puchong awal pagi tadi. Menurut Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaffar, siasatan pihak polis turut menjurus kepada kemungkinan beberapa mangsa yang menjadi sasaran penjenayah.

    Letupan Di Puchong: Polis Siasat Kemungkinan Motif Dendam
    Antara kenderaan yang mengalami kerosakan akibat terkena serpihan letupan bom.
    “(Pihak polis) melihat dari sudut sudut sama ada motif kejadian ini adalah (berkaitan) urusan perniagaan atau dendam atau kemungkinan salah satu mangsa atau beberapa mangsa ini merupakan orang yang menjadi sasaran penjenayah ini,” ujar Abdul Rahim.


    Katanya dalam kejadian itu, seorang mangsa mengalami cedera parah.

    Baca: Lapan Cedera Akibat Letupan Di Kelab Malam Di Puchong

    Kejadian berlaku ketika pelanggan di premis tersebut sedang menyaksikan pelawanan bola sepak kejohanan Euro 2016 antara pasukan Itali dan Sepanyol kira-kira jam 1.30 pagi.

    Beliau berkata demikian ketika melawat tempat kejadian pagi tadi.


    Lapan pengunjung restoran cedera apabila terkena serpihan bom petrol yang dibaling oleh dua lelaki bermotosikal di hadapan IOI Boulevard, di sini awal pagi tadi. --Astro Awani

    Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad