Terkini


Mi5 Telefon Pintar Keluaran Xiomi Antara Yang Termahal?

Penggemar telefon pintar bukan mainstream pastinya akan tertunggu-tunggu keluaran terbaharu Xiaomi yang sebelum ini berjaya menjadi antara telefon terbaik dengan harga sangat berpatutan.


Mi5 Keluaran Xiomi

Sebelum ini, Xiaomi berjaya menawan hati ramai pihak apabila menghasilkan model Mi3 bagi pasaran Malaysia sekitar 2014, namun model Mi4 pula tidak memasuki pasaran tempatan yang digantikan dengan Mi4i.

Ura-ura Mi5 memasuki pasaran akhirnya terjawab apabila laman web rasmi Xiaomi Malaysia telah memaparkan telefon tersebut berserta harga yang mula dijual pada hari ini.

Namun begitu, harga RM1,549 bagi model Mi5 yang dipapar agak memeranjatkan kerana sebelum ini, Xiaomi terkenal sebagai telefon pintar lebih murah walaupun spesifikasinya tinggi.

Harga tersebut adalah sama yang ditawarkan oleh Xiaomi untuk model Mi Note mereka yang dikeluarkan pada awal tahun ini,


Walaupun spesifikasi yang diberikan untuk model Mi5 ini agak tinggi, namun pasti ramai pengguna akan memikirkan faktor harga yang lebih tinggi ini, sekali gus membuatkan mereka berfikir dua kali.

Apa-apa pun, mari kita lihat spesifikasi telefon pintar terbaharu Xiaomi Mi5 ini yang memungkinkan adakah berbaloi dengan harga yang ditawarkan itu atau mungkin telefon berjenama lain boleh didapati pada harga yang lebih kurang sama.

Menggunakan skrin bersaiz 5.2 inci berdefinisi tinggi dan pemproses Snapdragon 820, ia dilihat mampu memberikan kuasa penuh pada peranti ini kerana ia merupakan pemproses terkini model Snapdragon.

Bagi kuasa kelajuan pula, Mi5 digandingkan dengan memori 3GB ram yang dianggap biasa bagi telefon ini yang cukup untuk menggunakan pelbagai fungsi dan aplikasi dengan mudah tanpa sebarang masalah berat.

Begitu juga dengan penstoran yang dianggap mencukupi apabila Xiaomi menggunakan 32GB yang memberikan ruang mencukupi untuk pengguna memaksimumkan penggunaan seharian.

Kamera pula dipadankan dengan 16 megapiksel bagi kamera utama yang disokong oleh fungsi empat paksi bagi Pestabilan Imej Optik (OIS) yang mampu memberikan imej yang lebih stabil dan di bawah pengaruh cahaya rendah.

Ia sudah cukup memberikan satu kelebihan pada kamera utamanya jika dibandingkan kamera hadapan yang jauh lebih rendah dengan hanya menggunakan 4 megapiksel untuk gambar dengan fungsi selfie dan sebagainya.

Mi5 mempunyai berat hanya 129 gram yang agak ringan, selain memberikan satu rekaan menarik, menggabungkan kemasan luaran dari kaca tiga dimensi premium serta bahagian bucu yang tirus.

Spesifikasi ini memberikan satu pelengkap kepada Mi5, selain turut dibekalkan dengan bateri 3000 mAh dan pengecas pantas USB-C. Jadi, bagi mereka yang berminat, bolehlah mula dapatkannya hari ini. - Utusan Malaysia

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments