Terkini


Netizen Berbalah Bila Neelofa Muat Naik Video Berubat Dengan Datuk Haron Din

Beberapa hari lepas, Neelofa ada memuat naik video dimana beliau berubat dengan pengamal perubatan Islam terkenal Datuk Dr Haron Din. Di dalam video berkenaan, ia menunjukkan bagaimana proses ruqyah dilakukan dimana Haron Din meletakkan tangannya dibahagian belakang baju Neelofa sambil membaca ayat-ayat suci Al –Quran.


Netizen Berbalah Bila Neelofa Muat Naik Video Berubat Dengan Datuk Haron Din


Namun, video tersebut mencetuskan sedikit perbalahan dikalangan pengikutnya di Instagram. Ada pihak yang mengatakan perkara itu seakan menimbulkan fitnah dan tidak harus dimuat naik ke media sosial.

Neelofa dalam komennya di instagram:

syukur ya Allah syukur ya rabb di atas silaturahim yang Engkau kurniakan kepada kami dgn keluarga Ustaz Harun Din yg sentiasa menasihati, membimbing dan menegur kami sekeluarga.
Semoga Allah swt panjangkan usia Ustaz Harun Din dan berikan kesihatan yang walafiat. ❤️



Korang ni agak-agakla kalau hendak beri komen sekali pun. Sebelum hendak menjatuhkan seseorang dan mengkritik mereka lebih baik ada ilmu yang penuh di dada.



Apa yang dilakukan oleh Haron Din untuk mengubati Neelofa adalah perkara biasa dan ia tidak menimbulkan sebarang fitnah. Apa-apa pun, beruntung Neelofa kerana dapat bertemu dengan ahli agama dan pengamal perubatan Islam yang cukup terkenal dan mempunyai banyak kelebihan.

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments