Terkini

Pelik!.. Wanita Bersalin Lagi Selepas 2 Bulan Lahir Anak Pertama

SULAWESI BARAT, Indonesia: Seorang wanita berusia 25 tahun dilaporkan melahirkan seorang lagi bayi hanya dua bulan setelah melahirkan bayi yang pertama, lapor Kompas.com. Bayi pertama jantina lelaki itu lahir pada 9 Mac lalu dan diberi nama Dava Putra Gerhana.


Pelik!.. Wanita Bersalin Lagi Selepas 2 Bulan Lahir Anak Pertama

Manakala bayi kedua jantina perempuan diberi nama Devi Putri Inayah.

Menurut wanita yang dikenali sebagai Annisa itu, selepas melahirkan bayi pertama, dia berpantang seperti ibu-ibu yang lain namun pada 7 Mei lalu, tiba-tiba dia mengadu sakit perut seperti mahu bersalin.


“Tidak ada tanda-tanda jika saya akan kembali melahirkan untuk kedua kalinya kerana perut saya sudah mengecil, namun saya tiba-tiba sakit perut seperti orang mahu melahirkan dan ternyata saya betul-betul melahirkan anak kedua,” katanya.

Akhirnya dengan bantuan penduduk kampung Annisa selamat melahirkan bayi perempuannya itu di rumah gara-gara tidak sempat ke hospital.

Malangnya, wanita ini memberitahu dia telah bercerai dengan si suami sejak hujung tahun lalu.

Namun, Annisa akui bersyukur dikurniakan dua anak sekali gus meskipun kehidupannya sangat susah hanya bergantung pada hasil tangkapan diperoleh abangnya yang bekerja sebagai nelayan.

Sementara seorang pakar di hospital Majene, Sulawesi Barat, Dr Zulfatma memberitahu Kompas, keadaan yang dialami Annisa sangat jarang berlaku namun ia bukanlah sesuatu yang baru.


“Ini bukan kes baru dalam dunia kedoktoran. Kemungkinan Annisa mengandung anak kembar daripada dua sel telur yang membentuk dua janin dengan dua tali pusat dan dua selaput ketuban.

“Kelahiran anak pertama Annisa terjadi setelah ketuban pertama pecah, sementara ketuban kedua masih utuh. Meskipun kes ini jarang berlaku, tapi ini bukan hal baru,” katanya.

Menurutnya lagi, ada kemungkinan doktor yang menyambut kelahiran anak pertama Annisa tidak mengesan ada satu lagi bayi berada di dalam rahimnya. --Sinar Harian

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments