Terkini


Pesan Kari Kepala Ikan Dapat Mangga Kunci Sebagai ‘Lauk’ Tambahan

SINGAPURA – Apakah perasaan anda apabila kari kepala ikan yang dipesan mengandungi mangga kunci? Itulah keadaan yang berlaku seorang lelaki ketika memesan makanan di sebuah kedai makanan di sini.

Pesan Kari Kepala Ikan Dapat Mangga Kunci Sebagai ‘Lauk’ Tambahan

Pengalaman lelaki ini yang hanya dikenali sebagai Yaw Chong dikongsi ke dalam Facebooknya dan menerima perhatian daripada ramai netizen.

Menurutnya, pada hari kejadian, dia memesan kari kepala ikan dan beberapa jenis sayur di sebuah restoran yang nama dan lokasinya tidak disebut.

Ketika kari kepala ikan yang baru siap dimasak dihidangkan kepadanya, lelaki itu pun mula mengaut kari dengan sudu sementara nasi sudah lebih awal berada di depannya.

Belum sempat makan, alangkah terkejutnya apabila kari tersebut mengandungi mangga kunci.


Dia kemudiannya mengadu kepada pemilik kedai yang akhirnya mengakui mangga kunci itu adalah mangga kunci almarinya yang dicarinya sejak semalam lagi.

Kata lelaki itu, pemilik kedai tersebut kemudian memohon maaf kepadanya akan berjanji akan membayar bil ubat sekiranya dia mengadu sakit.

Seterusnya, kata lelaki itu, dia tidak memarahi wanita itu tetapi segera meninggalkan kedai itu tanpa memberikan sebarang bayaran.

No comments