Terkini

Polis Bongkar Makmal Dadah, Tahan Empat Sekeluarga Dan Pembantu Rumah

GEORGETOWN, 6 Jun -- Polis membongkar sebuahmakmal dadah dan menahan empat sekeluarga dan seorang pembantu rumah dalam serbuan di Sungai Ara, BayanLepas dekat sini hari ini.

Polis Bongkar Makmal Dadah, Tahan Empat Sekeluarga Dan Pembantu Rumah


Bertindak hasil maklumat dan risikan, sepasukan anggota dan pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pulau Pinang menahan pasangan suami isteri bersama dua anak mereka, termasuk seorang bayi dan pembantu rumah itu dalam serbuan di kondominium mewah, di Sungai Ara, dekat sini pada 8 pagi.

Sumber berkata polis turut merampas sejumlah dadah jenis ketamin dan beberapa peralatan memproses dadah. -- Sumber Foto & Berita: BERNAMA

No comments