Terkini

Polis Sahkan Letupan Pusat Hiburan Di Puchong Guna Bom Tangan

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan bahan letupan yang dibaling di sebuah pusat hiburan hingga mencederakan lapan orang di Puchong, awal pagi tadi adalah bom tangan.


Polis Sahkan Letupan Pusat Hiburan Di Puchong Guna Bom Tangan


Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar, berkata siasatan menyeluruh sedang dilakukan pihaknya termasuk meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di premis terbabit bagi mengenal pasti suspek serta motif kejadian.


“Setakat ini, kita belum tahu apa motif bom itu dibaling. Mungkin kerana persaingan perniagaan, balas dendam… kita akan siasat dari semua sudut. “Siasatan kes dibuat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Baca: Lapan Cedera Akibat Letupan Di Kelab Malam Di Puchong

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay ketika dihubungi meminta orang ramai supaya tidak membuat andaian berhubung kejadian yang mengaitkannya dengan perbuatan pengganas.


“Siasatan kita menjurus kepada semua kemungkinan…kaitan dengan kumpulan gangster, persaingan perniagaan, pengganas.

Baca: Letupan Di Puchong: Polis Siasat Kemungkinan Motif Dendam

“Buat masa ini, siasatan masih dijalankan,” katanya.


Dalam kejadian kira-kira jam 2.15 pagi itu, lapan pengunjung pusat hiburan berkenaan cedera termasuk seorang daripadanya parah selepas premis itu dibaling bom tangan ketika semua mereka sedang menonton perlawanan pusingan kalah mati 16 pasukan Euro 2016.

Mereka yang cedera terdiri empat lelaki dan empat wanita yang kini dirawat di Hospital Serdang dan pusat perubatan swasta. - BERNAMA

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments