Terkini


Puteri Sulong TMJ Diberi Nama Tunku Khalsom Aminah Sofiah

Kerabat Diraja Johor hari ini berkenan mengumumkan nama puteri sulong kepada Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Che’ Puan Khaleeda Bustamam yang dilahirkan pada 25 Jun lalu diberikan nama YAM Tunku Khalsom Aminah Sofiah binti Tunku Ismail.


Puteri Sulong TMJ Diberi Nama Tunku Khalsom Aminah Sofiah

Pengumuman berita gembira tersebut diumumkan Yang Dipertua Majlis Jumaah Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli menerusi satu kenyataan di laman Facebook JOHOR Southern Tigers, sebentar tadi.


“YM Che' Puan Khaleeda dan puteri sulung baginda berdua yang diberi nama YAM Tunku Khalsom Aminah Sofiah binti Tunku Ismail berada di dalam keadaan sihat. Allah Peliharakan Sultan,” kata kenyataan tersebut.

Baca: Tahniah! TMJ Selamat Timang Puteri Sulung Yang Comel

Dalam perkembangan sama, Che' Puan Khaleeda dilaporkan selamat berangkat pulang ke Istana Bukit Pelangi pada Isnin selepas melahirkan puteri sulung di Hospital Sultanah Aminah (HSA).

Laman Facebook JOHOR Southern Tigers turut berkongsi beberapa gambar Tunku Ismail dan Che’ Puan Khaleeda bersama paduka puteri.


Tunku Ismail dan Che’ Puan Khaleeda melangsungkan pernikahan pada 2014. Gambar ehsan FB Johore Southern Tigers.

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments