Rabi Yahudi Gesa Racuni Bekalan Air Disalur Kepada Rakyat Palestin

RAMALLAH, Selasa – Kementerian Luar Palestin menggesa rejim Israel menangkap seorang rabi yang meminta pendatang Yahudi di Tebing Barat meracuni air yang digunakan ribuan rakyat Palestin di bandar dan kampung.


Rabi Yahudi Gesa Racuni Bekalan Air Disalur Kepada Rakyat Palestin

Sehubungan itu, pihak berkuasa pentadbiran tanah Palestin memberi amaran dan akibat daripada seruan oleh rabi Yahudi terbabit.

Laporan sebelum ini menyebut bahawa Pengerusi Majlis Rabi di kawasan penempatan di Tebing Barat, Shlomo Mlmad, menyeru pendatang Yahudi meracuni air yang digunakan rakyat Palestin dan mendapat perhatian sebuah pertubuhan ‘Break the Silence’.

Pemimpin Break the Silence, Yehuda Shaul berkata, matlamat memasukkan racun ke dalam air itu bermatlamat ‘menghalau’ rakyat Palestin keluar dari bandar dan kampung di Tebing Barat bagi membolehkan pendatang Yahudi mengambil alih tanah itu.

Kementerian Luar Palestin dalam satu kenyataan juga berkata, Israel mencuri sumber air yang kemudian dijual semula kepada rakyat Palestin.


Terbaru, pihak berkuasa Israel menyekat bekalan air dari kawasan utara Tebing Barat ketika umat Islam sedang berpuasa.

Dalam pada rejim Zionis terus menghalang rakyat Palestin menggali perigi, seruan oleh rabi terbabit boleh dianggap sebagai jenayah terhadap kemanusiaan di wilayah yang diduduki.

Kementerian itu juga menggesa kerajaan Israel bertanggungjawab terhadap akibat daripada seruan oleh rabi terbabit.

“Apa lagi yang komuniti antarabangsa tunggu untuk campur tangan. Kematian ribuan rakyat Palestin? Masyarakat antarabangsa sepatutnya berasa malu jika membiarkan Israel terus melancarkan serangan terhadap rakyat Palestin,” kata kenyataan itu. – Agensi

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments