Terkini


Rezeki Faye Kusairi Tetap Ada Walaupun Jadi Mangsa Fitnah Berkhalwat

Faye Kusari nama yang sejak akhir-akhir ini dihimpit dengan pelbagai gosip,bermula dengan tuduhan dimana beliau dikatakan punca Elly Mazlein bercerai sehinggalah kejadian dimana beliau difitnah melakukan perbuatan tidak senonoh dan menjadi mangsa laporan khalwat palsu.

Faye Kusairi

Boleh dikatakan, dalam satu masa pelbagai ujian yang mendatang didalam kehidupan Faye.

Namun, Faye tidak merungut dan meluahkan rasa syukur kerana rezeki beliau sedikit pun tidak terjejas kerana kontroversi berkenaan.

Malah, Faye juga dapat lihat masih ramai yang menyokong beliau daripada belakang dalam menempuhi setiap dugaan.

Saya percaya rezeki itu datangnya dari Allah. Tawaran berlakon tetap ada dan tidak terjejas dengan kontroversi melanda. Agenda seni juga berjalann lancar seperti biasa.

Ternyata masih ada peminat yang memberi sokongan kepada saya. Saya juga percaya kebenaran akan terserlah satu hari nanti.

Faye Kusairi

Dalam perkembangan lain, Faye yang memiliki lesen lumba kereta profesional bakal beranding dengan pelawak Zizan Razak dalam Malaysian Speed Festival yang akan berlangsung pada Jun hingga November ini dan bakal beraksi dalam kategori Race Car 1600 di Litar Antarabangsa Sepang 5 Jun ini.

Sumber Berita : THE MALAY MAIL ONLINE

No comments