Terkini


Rogol Pada Waktu Imsak Selepas Ajak Gadis Sahur Bersama

SEORANG gadis berusia 22 tahun tidak menyangka menerima ajakan seorang rakan lelakinya untuk bersahur bersama akhirnya mengundang padah padanya. Ini kerana gadis itu dirogol setelah mereka berdua pergi makan sahur ketika waktu Imsak, kira-kira 4.30 pagi waktu tempatan, pada Rabu lalu.


Rogol Pada Waktu Imsak Selepas Ajak Gadis Sahur Bersama

Dalam kejadian di Pekanbaru, Indonesia itu, suspek yang dikenali sebagai ‘Mf’, 32, dikatakan menghubungi mangsa sekitar jam 3 pagi mengajarnya makan sahur di luar.

Setelah it, mangsa yang dikenali sebagai ‘Pa’ dibawa ke sebuah tempat berehat untuk pekerja di Jalan Tanjung Datuk Kecamatan Lima Puluh.


Di situ, Mf menjalankan modes operandi jahatnya dengan memaksa mangsa bersetubuh dengannya namun, ditolak sebelum suspek bertindak memperkosa gadis itu.

Setelah puas melepaskan nafsu, Mf kemudian menghantar Pa pulang ke rumahnya.

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga, mangsa yang tidak henti-henti menangis akhirnya mendedahkan kejadian itu kepada keluarganya.

Susulan itu, ibu bapa mangsa segera melaporkan hal itu kepada pihak polis.

Dalam pada itu, pihak polis turut mengesahkan kejadian ini.

Ketua polis Pekanbaru, Kompol Bimo Arianto berkata, kini pihak polis sedang mengumpulkan bukti untuk melakukan penangkapan.

“Kami sudah dapatkan keterangan dari mangsa, para saksi juga sudah kita periksa,” katanya. – Sumber: Merdeka

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments