Sayu Kaki Nenek Terpaksa Di Potong, Penyamun Sempat Minta Maaf

Kota Bharu: Pergelangan kaki kiri Mek Som Mat Diah, 89 yang putus ditetak remaja lelaki berusia 19 tahun yang juga jiran sekampungnya petang semalam, tidak boleh disambung semula. Lebih menyedihkan, kaki kirinya terpaksa dipotong hingga paras betis bagi mengelak komplikasi pada masa hadapan.



Cucu saudara Mek Som, Mustafa Yusof, 50, berkata, doktor memaklumkan mengenai perkara berkenaan kepada dia sekeluarga.

“Doktor cakap, terpaksa memotong kaki nenek hingga paras betis kerana pergelangan kakinya yang putus sudah tidak boleh disambung lagi serta mungkin boleh timbul banyak komplikasi.

BACA: Kena Belasah, Remaja Penagih Dadah Tergamak Tetak Kaki Nenek

“Pembedahan dijangka esok dan saya akan membawa pulang kakinya untuk dikebumikan di tanah perkuburan dekat kampung kami," katanya.

Sementara itu, Mek Som ketika ditemui di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian di sini,mengakui remaja terbabit yang sudah direman hari ini sering memintanya wang.

Setiap kali remaja itu meminta wang daripadanya di tangga rumah, Mek Som tidak pernah memberikannya dan remaja itu akan berlalu pergi.

Dia sempat bercerita kejadian yang berlaku dan menggelar remaja lelaki itu sebagai ‘budak yang jahat’.

“Ketika itu, nenek sedang berehat sementara menunggu waktu berbuka bersama anak Mek Esah Abdullah, 60, yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) mental.


“Tiba-tiba dia datang meminta wang dan terus bertindak agresif apabila permintaannya ditolak. Sebelum ini dia yang panggil nenek sudah dianggap macam cucu dan akan berlalu pergi apabila nenek cakap tiada wang.

“Nenek terkejut dan tak sangka dia agresif begitu. Mula-mula dia serang Mek Esah dan pulas tangannya, namun Mek Esah sempat larikan diri sebelum dia mencari nenek serta menumbuk muka," katanya.

Mek Som berkata, dia terjatuh apabila ditumbuk dan remaja itu mengambil pisau disimpan di tepi dinding beranda rumah dan memotong pergelangan kaki kirinya.

Malang buat warga emas itu apabila dia tidak mampu melawan kudrat remaja terbabit dan hanya mampu menjerit meminta tolong.

“Selepas potong kaki hingga putus, dia cuba lari tetapi ditangkap penduduk kampung. Ketika itulah dia sempat minta maaf dengan nenek," katanya.

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments