Top Ad unit 728 × 90

recent

Sejarah PT3 2016 - Fungsi & Keadaan Bangunan Bersejarah Pada Masa Ini

Contoh Jawapan Sejarah PT3 2016 - Fungsi dan Keadaan Bangunan Bersejarah Pada Masa Ini. Semoga artikel ini dapat membantu anda dalam menyiapkan tugasan laporan Sejarah PT3 2016, Kajian Bangunan / Binaan Bersejarah di tempat tinggal anda.


Sejarah PT3 2016 - Fungsi & Keadaan Bangunan Bersejarah Pada Masa Ini

Kota Cornwallis, Pulau Pinang

Pada hari ini Kota Cornwallis, Pulau Pinang telah diwartakan di bawah Akta Benda Purba sebagai bahan sejarah oleh pihak Muzium Negara. Kota ini dipelihara dengan baik sebagai satu kesan sejarah yang penting, kerana di dalam kota ini terdapat beberapa pucuk meriam lama yang dihalakan ke arah laut. Meriam-meriam ini dihadiahkan oleh pihak Belanda kepada negeri Johor yang telah membantunya menentang Portugis.

Tetapi apabila Johor ditawan oleh Acheh pada tahun 1613, meriam-meriam ini dibawa ke Acheh dan kemudiannya Sultan Acheh menghadiahkan pula meriam-meriam ini kepada Selangor dan diletak di Kota Kuala Selangor. Apabila Inggeris menawan Kota Kuala Selangor pada tahun 1871, meriam-meriam ini telah di bawa ke Pulau Pinang dan ditempatkan di Kota Cornwallis.

Kini dengan penjagaan yang sempurna Kota Cornwallis bukan sahaja terkenal sebagai kota yang bersejarah tetapi juga ianya menjadi daya tarikan pada pelancong-pelancong dari dalam dan luar negera yang melawat Pulau Mutiara ini.

Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI)

Sesuai dengan tarafnya sebagai sebuah maktab yang terulung itu, maka pihak-pihak tertentu telah mendesak pemerintah supaya menaikkan taraf maktab ini. Oleh itu pada 21 Februari 1987 Encik Anwar Ibrahim, Menteri Pelajaran telah mengisytiharkan Maktab Perguruan Sultan Idris ini dinaikkan tarafnya menjadi sebuah institusi pendidikan yang dikenali sebagai Institut Pendidikan Sultan Idris (IPSI).


Ianya lebih tinggi tarafnya daripada Maktab-maktab Perguruan yang lain dan diberi kuasa mengendalikan Kursus Sijil Lanjutan Perguruan dan Diploma Lepas Sijil. Keunggulan IPSI dalam memainkan peranan dan kepentingannya telah mendorong kerajaan untuk menaikkan tarafnya ke peringkat yang lebih tinggi sebagai Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) pada 1 Mei 1997. Dengan penaikan taraf tersebut, ianya telah dapat memantapkan lagi fungsi institusi ini sebagai gedung ilmu yang mampu melahirkan generasi pendidik berkaliber di masa hadapan.

Istana Jahar, Kelantan

Istana Jahar kini dijadikan sebagai Muzium Diraja Negeri Kelantan. Muzium ini mempamerkan sejarah kesultanan Negeri Kelantan daripada zaman awal hinggalah kepada pemerintahan Sultan Kelantan pada masa sekarang. Ruang pameran yang terdapat di bangunan Muzium ini dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti peralatan senjata, pakaian tradisi, dan hal-hal lain yang berkaitan dengan kesultanan.

Walaupun telah dijadikan Muzium tetapi reka bentuk asal bangunan ini tetap dipelihara.  Seni binanya yang unik dengan ukiran-ukiran yang cantik telah menyerikan lagi bangunan istana yang dijadikan muzium itu.


Istana Jahar yang terletak di sisi Istana Balai Besar di tengah-tengah bandar Kota Bharu adalah contoh warisan seni bina Melayu yang indah dan menarik. Sekiranya anda berkesempatan berkunjung ke sini, Istana Jahar dan istana-istana lain di sekitarnya jelas kelihatan di tengah-tengah bangunan baru dan moden. Namun pembangunan pesat kawasan sekitarnya tidak menjejaskan bangunan warisan bangsa yang banyak menyimpan rahsia sejarah.

Calon-Calon PT3 2016: MESTI BACA...

» Tajuk, Maklumat Penting Tugasan Kerja Kursus Sejarah PT3 2016

» Contoh Jawapan Lengkap Tugasan / Kerja Kursus Sejarah PT3 2016

» Struktur Beberapa Bangunan Dan Binaan Bersejarah Di Malaysia

» Latar Belakang Bangunan, Binaan Dan Monumen Bersejarah Di Malaysia

» Latar Belakang 30 Bangunan / Binaan Bersejarah Di Malaysia

» Apakah Kepentingan Memelihara Bangunan dan Binaan Bersejarah?

» Sejarah PT3 2016 - Cadangan Langkah² Memelihara Bangunan Sejarah

» Contoh Rumusan Sejarah PT3 2016: Bangunan / Binaan Bersejarah

» Tugasan Sejarah PT3 2016: Struktur Binaan Muzium Perang, Pulau Pinang

» Sejarah PT3 2016: Tujuan Dan Sebab Bangunan / Binaan Bersejarah Dibina

» Kaedah Kajian Tugasan Sejarah PT3 2016, Bangunan / Binaan Bersejarah

» Tugasan Sejarah PT3 2016: Panduan Lengkap Menulis Sumber Rujukan


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:
Sejarah PT3 2016 - Fungsi & Keadaan Bangunan Bersejarah Pada Masa Ini Reviewed by Adam Hakimie on June 25, 2016 Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by OhDunia.My © 2014 - 2015
Share by GFXFree.Net

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.