Sejarah PT3 2016: Kubu Margherita - Latar Belakang, Tujuan & Struktur Binaan

Sejarah PT3 2016: Kubu Margherita - Latar Belakang, Tujuan & Struktur Binaan. Kubu Magherita merupakan salah sebuah monumen bersejarah yang paling terkenal dan menjadi mercu tanda bandaraya Kuching. Bangunan bersejarah ini diberi nama bersempena dengan nama isteri Sir Charles Brooke, Rajah kedua Sarawak, Renee Margeret. Rekabentuk bangunan ini adalah berdasarkan kubu dan istana Inggeris Renaissance. Pembinaan bangunan ini bermula pada tahun 1879.


Sejarah PT3 2016: Kubu Margherita - Latar Belakang, Tujuan, Struktur Binaan

Reka bentuk mercu tanda ikonik ini adalah berdasarkan kepada istana lama Inggeris di zaman pembaharuan. Kubu ini terletak di kedudukan strategik di atas bukit mengadap lencongan sungai dengan pemandangan meluas ke semua arah.

Menjelang tahun 1879, Kuching sedang melalui masa aman dan meriam kubu ini tidak pernah digunakan. Apa yang tidak dapat dijangkakan Rajah Charles adalah satu-satunya bentuk serangan ke atas kubu tersebut iaitu cubaan pengemboman udara oleh Empayar Jepun pada 19 Disember 1941.

Pengeboman itu tersasar dan membunuh 25 orang awam serta mencederakan lebih 80 orang lagi. Pada Hari Krismas 1941, kubu dan Kuching jatuh ke tangan Jepun.

Sebelum pencerobohan Jepun, kubu ini mempunyai pengawal yang berkawal di benteng kubu sepanjang hari dan malam melaungkan ‘Semua Baik’ setiap jam antara 8 malam dan 5 pagi.

Laungan ini akan disahut pengawal di Astana disusuli pengawal di Bangunan Mahkamah dan akhirnya pengawal di Perbendaharaan. Suara mereka kedengaran jelas dalam keheningan malam dan ini memastikan pengawal sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga sekali gus memberi keyakiann kepada penduduk bahawa keadaan adalah selamat.

Secara keseluruhannya, empat bendera berbeza telah dikibarkan di Kubu Margherita, bendera Rajah Sarawak selama 62 tahun, kemudian Hinomaru (bendera Jepun) semasa perang dan selepas itu Bendera Union British sehingga 1963.

Dari 1963 hingga ke hari ini, bendera Negeri Sarawak berkibar megah dari tiang bendera Kubu Margherita. Kubu ini pernah digunakan sebagai sebuah Muzium Polis sejak 1971 sebelum ia diserah kepada kerajaan negeri Sarawak dan kini ia merupakan satu tarikan pelancong di Kuching.

Struktur Binaan

Kubu ini telah diperbesar pada tahun 1934 dengan membina tembok tinggi yang bersambung dengan bangunan asal. Binnan bersejarah ini berbentuk segi empat dibina dari batu-bata berplaster. Tingkat 1 dan 2 berlantai kayu belian untuk ruang kediaman tentera. Kubu ini telah diperbesar pada tahun 1934 dengan membina tembok tinggi yang bersambung dengan bangunan asal. Pada asalnya iaitu sebelum tahun 1934 hanya terdapat bilik tahanan tetapi telah ditambah menjadi kubu.

Ia mempunyai 3 tingkat iaitu tingkat bawah berlantai tanah untuk kawalan dan bilik tahanan. Tangga putar (spiral staircase) daripada kayu belian dan bertiang besi terletak disatu penjuru menghubungkan setiap aras sehingga ke bumbung.

Walau bagaimanapun, menara tangga ini lebih tinggi dari bumbung untuk pengawal meninjau jarak yang lebih jauh. Ia dilengkapi dengan dua menara tinjau dan laluan untuk tentera berkawal pada sepanjang tembok. Manakala bahagian bumbung merupakan tempat kawalan.

Tujuan Pembinaan

Pada tahun 1932, kubu ini pernah dijadikan sebagai pusat Renjer Sarawak. Kubu ini berperanan sebagai tempat pertahanan utama Rajah Brooke yang menghadapi tentangan berterusan dari penduduk pribumi.


Bangunan ini digunakan sebagai penempatan pasukan tentera pertahanan kota, gedung senjata, penjara, menara kawalan dan pusat mengawal di bawah pemerintahan Rajah Kedua. Kubu ini juga pernah dijadikan sebagai pengkalan bagi tentera Jepun pada tahun 1941. Pada tahun 1971, bangunan ini dijadikan sebagai Muzium Polis dan kini dipulihara sebagai kubu.

Fungsi Dan Keadaan Bangunan Pada Masa Ini

Kubu ini dibaik pulih kerana ia merupakan antara monumen paling signifikan kepada bandaraya Kuching dari sudut sejarah, reka bentuk dan pelancongan.

Antara kerja-kerja konservasi penting yang dijalankan ke atas kubu ini ialah pemuliharaan dinding dimana dinding kubu ini dikopek secara manual diikuti dengan proses penyahgaraman dan kemudiannya dilepa semula dengan lepa kapur.

Semua aktiviti pemuliharaan serta bahan yang digunakan telah melalui proses penyelidikan dan analisa bahan untuk memastikan keserasian dengan bangunan lama ini.

Kerja-kerja lain termasuklah pengukuhan bangunan dengan mengganti atau membaik pulih struktur kayu yang ada.

Perubahan ketara yang dapat dilihat pada kubu ini setelah dipulihara ialah tingkapnya dimana tingkap kayu yang digunakan menyerupai tingkap asal bangunan semasa ia didirikan pada tahun 1879.

Calon-Calon PT3 2016: MESTI BACA...

» Tajuk, Maklumat Penting Tugasan Kerja Kursus Sejarah PT3 2016

» Contoh Jawapan Lengkap Tugasan / Kerja Kursus Sejarah PT3 2016

» Struktur Beberapa Bangunan Dan Binaan Bersejarah Di Malaysia

» Latar Belakang Bangunan, Binaan Dan Monumen Bersejarah Di Malaysia

» Latar Belakang 30 Bangunan / Binaan Bersejarah Di Malaysia

» Apakah Kepentingan Memelihara Bangunan dan Binaan Bersejarah?

» Sejarah PT3 2016 - Cadangan Langkah² Memelihara Bangunan Sejarah

» Contoh Rumusan Sejarah PT3 2016: Bangunan / Binaan Bersejarah

» Tugasan Sejarah PT3 2016: Struktur Binaan Muzium Perang, Pulau Pinang

» Sejarah PT3 2016: Tujuan Dan Sebab Bangunan / Binaan Bersejarah Dibina

» Sejarah PT3 2016 - Fungsi & Keadaan Bangunan Bersejarah Pada Masa Ini

» Kaedah Kajian Tugasan Sejarah PT3 2016, Bangunan / Binaan Bersejarah

» Tugasan Sejarah PT3 2016: Panduan Lengkap Menulis Sumber Rujukan

Pada 4 September lalu, Jabatan Warisan Negara dengan rasminya menyerahkan projek siap kerja konservasi Kubu Margherita yang telah dibaik pulih pada tahun 2012 kepada Jabatan Muzium Sarawak.

Majlis serah tapak siap kerja Kubu Margherita telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan) Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Rashidi Hasbullah bagi pihak Ketua Setiausaha KPK Datuk Dr Ong Hong Peng.

Sumber: Portal Muzium Sarawak | Wikipedia | Scribid | Borneo Post

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments