Terkini

Sejarah PT3 2016: Tujuan Dan Sebab Bangunan / Binaan Bersejarah Dibina

Artikel ini adalah sebagai rujukan Tugasan Kerja Kursus Sejarah PT3 2016. Salah satu kehendak tugasan ialah calon diminta menghuraikan sebab mengapa bangunan atau binaan bersejarah itu dibina. Perlu diingat, bahawa bangunan atau binaan bersejarah untuk Tugasan Kerja Kursus Sejarah PT3 2016 hendaklah terletak berhampiran dengan tempat tinggal anda.


Sejarah PT3 2016: Tujuan Dan Sebab Bangunan / Binaan Bersejarah Dibina

TUJUAN PEMBINAAN KOTA A FAMOSA, MELAKA

Menyedari kepentingan pertahanan yang lebih kukuh di Melaka, maka Ketua Portugis di Melaka, Alfonso de'Albuquerque telah mengarahkan sebuah kota didirikan. Pada mulanya, Albuquerque juga bercadang membina kota ini daripada kayu dan batu, tetapi kemudiannya mengarahkan supaya kota ini dibina daripada batu sepenuhnya memandangkan kemudahan bahan itu pada masa itu.

KOTA A FAMOSA, MELAKA
Ekoran daripada itu, beliau telah mengarahkan askar-askarnya dan menggunakan 300-400 orang hamba-hamba raja yang ditawan untuk membina kota ini. Setelah kota ini siap dan tersergam kukuh di kaki Bukit St. Paul, ia diberi nama Kota Famosa, ertinya Kota Yang Termasyhur.

TUJUAN PEMBINAAN KERETA API BUKIT BENDERA PULAU PINANG

Ia bermula pada tahun 1897, apabila permohonan rasmi untuk menjalankan perkhidmatan kereta api tarik dengan kawat ke puncak Bukit Bendera telah dibuat kepada J.K. Birch Resident Counselor Pulau Pinang.


Permohonan itu dibuat berikutan kesulitan perhubungan untuk naik ke puncaknya pada ketika itu. Selepas beberapa rundingan, satu rang undang-undang kereta api Bukit Bendera telah digubal dan selepas dibentangkan untuk pembacaan kali ketiga dalam Majlis Mesyuarat Jajahan Negeri Selat di Singapura seterusnya diluluskan pada 21 November 1899.

KERETAPI BUKIT BENDERA
KERETAPI BUKIT BENDERA
Pada tahun 1921 A.R Johnson telah membina 4 buah gerabak yang melibatkan perbelanjaan sebanyak $1,573.00. Gerabak keretapi ini membawa penumpang ke atas Bukit Bendera ditarik dengan kabel di atas landasan keretapi yang curam. Majlis pembukaan bagi memulakan operasi keretapi ini dirasmikan oleh Sir Lawrence Guillemard, Gabenor Negeri-negeri Selat pada 1hb 1924.

Gerabak keretapi ini bersama-sama gerabak yang lain telah membawa penumpang seramai 35 201 penumpang setelah membuat 4021 perjalanan pada tahun tersebut.

TUJUAN PEMBINAAN KOTA BELANDA, PULAU PANGKOR

Kota yang dikenali sebagai Kota Belanda ini asalnya dibina oleh Belanda pada tahun 1670 sebagai gedung untuk menyimpan bijih timah yang diperolehi dari Negeri Perak. Kota ini terletak di sebuah teluk di Pulau Pangkor yang dikenali sebagai Kampung Teluk Gedung iaitu sebuah perkampungan nelayan pada masa itu.

KOTA BELANDA (THE DUTCH FORT), PULAU PANGKOR
KOTA BELANDA (THE DUTCH FORT), PULAU PANGKOR
Pembinaan Kota ini oleh Belanda mempunyai perkaitan rapat dengan tujuan kedatangan orang-orang Belanda ke Tanah Melayu pada permulaan abad Ke-17 Masihi. Pihak Belanda yang membuat hubungan baik dengan Perak telah berjaya dalam urusan perdagangan bijih timah. Syarikat Hindia Timur Belanda berjaya mendapat kuasa monopoli ke atas perdagangan bijih timah di Negeri Perak. Untuk itu orang-orang Belanda pernah mendirikan loji untuk menyimpan bijih timahnya pada tahun 1651 tetapi telah dimusnahkan oleh para pembesar Perak yang menentang dasar kuasa monopoli Belanda itu.

Berikutan dengan itu pada tahun 1670 satu perintah telah dikeluarkan dari Betawi, Pusat Pentadbiran Syarikat Hindia Timur Belanda supaya didirikan sebuah gedung yang diperbuat daripada kayu guna sebagai tempat simpanan bijih timah. Dengan itu terbinalah sebuah gedung di suatu tempat strategik iaitu di Kampung Teluk Gedung. Sepuluh tahun kemudian tembok gedung tersebut telah digantikan dengan batu-bata.

TUJUAN PEMBINAAN LEMBAH BUJANG, KEDAH

Lembah Bujang adalah merupakan sebuah kawasan yang terkenal pada masa silam malah sejak awal kurun pertama masehi lagi. Faktor perdagangan yang berkembang pesat antara India dan China membantu memajukan kawasan ini yang merupakan laluan pintas melalui jalan air Sungai Merbok ke Kelantan dan ke Laut China Selatan. Kawasan ini juga sebagai tempat persinggahan yang penting bagi saudagar-saudagar India untuk ke negeri China dan sebaliknya.

LEMBAH BUJANG
LEMBAH BUJANG
Gunung Jerai terletak di kawasan ini merupakan pedoman penting bagi kapal-kapal perdagangan yang memasuki Sungai Merbok dalam kawasan Lembah Bujang. Di pinggir gunung yang tertinggi sekali di negeri Kedah ini terdapat banyak air terjun dan tempat-tempat yang sesuai bagi kediaman dan upacara keagamaan. Di sinilah membangunnya Lembah Bujang sebagai sebuah kawasan pusat perkembangan politik dan agama Hindu - Buddha pada masa dahulu.

TUJUAN PEMBINAAN BANGUNAN SULTAN IBRAHIM, JOHOR

Bangunan Sultan Ibrahim merupakan Bangunan Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Johor yang menempatkan Jabatan-jabatan Kerajaan Negeri Johor. Rekabentuk bangunannya yang unik serta kedudukannya yang terletak di atas Bukit Timbalan memberi identiti tersendiri kepada bangunan bersejarah yang menjadi mercu tanda bagi bandar Johor Bahru.

BANGUNAN SULTAN IBRAHIM, JOHOR
BANGUNAN SULTAN IBRAHIM, JOHOR
Bangunan ini dibina atas titah Sultan Johor, DYMM Almarhum Sultan Ibrahim untuk dijadikan pusat pentadbiran Kerajaan Negeri Johor serta melambangkan keagungan kerajaan negeri Johor yang sedang berkembang maju. Ini kerana sejak daripada perpindahan pusat pentadbiran Johor dari Teluk Belanga, Singapura ke Tanjung Puteri (kemudiannya dinamakan Johor Bahru) pada tahun 1866 pusat pentadbiran kerajaan belum mempunyai bangunannya sendiri.

Dengan pembinaan bangunan baru ini pejabat-pejabat Kerajaan negeri dapat disatukan di bawah satu tempat bagi memudahkan orang ramai berurusan dengan Kerajaan.

Calon-Calon PT3 2016: MESTI BACA...

» Tajuk, Maklumat Penting Tugasan Kerja Kursus Sejarah PT3 2016

» Contoh Jawapan Lengkap Tugasan / Kerja Kursus Sejarah PT3 2016

» Struktur Beberapa Bangunan Dan Binaan Bersejarah Di Malaysia

» Latar Belakang Bangunan, Binaan Dan Monumen Bersejarah Di Malaysia

» Latar Belakang 30 Bangunan / Binaan Bersejarah Di Malaysia

» Apakah Kepentingan Memelihara Bangunan dan Binaan Bersejarah?

» Sejarah PT3 2016 - Cadangan Langkah² Memelihara Bangunan Sejarah

» Contoh Rumusan Sejarah PT3 2016: Bangunan / Binaan Bersejarah

» Tugasan Sejarah PT3 2016: Struktur Binaan Muzium Perang, Pulau Pinang

» Sejarah PT3 2016: Tujuan Dan Sebab Bangunan / Binaan Bersejarah Dibina

» Sejarah PT3 2016 - Fungsi & Keadaan Bangunan Bersejarah Pada Masa Ini

» Kaedah Kajian Tugasan Sejarah PT3 2016, Bangunan / Binaan Bersejarah

» Tugasan Sejarah PT3 2016: Panduan Lengkap Menulis Sumber Rujukan

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments